ENG | BM
Rencana
Promosi "Frozen 2" di pawagam-pawagam tempatan

Penulis: Florey DM

Which of these "Frozen 2" merch would you like to get?
Barangan "Frozen 2" manakah yang anda ingin?

Filem animasi paling ditunggu-tunggu "Frozen 2" akhirnya bakal tiba di layar perak, dan pastinya anda mahu mengingati momen itu dengan menambah koleksi "Frozen" anda dengan barangan eksklusif menarik yang kini ditawarkan di beberapa pawagam tempatan. Sekiranya anda tidak berminat mengumpul barangan, anda masih boleh menikmati promosi "Frozen 2" ketika anda menonton filem ini di pawagam. Jadi, jom lihat apa yang ditawarkan oleh setiap pawagam:

mmCineplexes

Setiap tumbler mempunyai 'snow dome' yang boleh dibuka!

Dengan salji menjadi latar belakang utama filem yang berkisarkan mengenai Ratu Salji, barangan ini adalah yang paling menarik untuk dimiliki. Ia mempunyai 'snow dome' yang boleh dibuka yang mana ia datang dengan karakter kegemaran di dalamnya seperti Elsa, Anna dan Olaf. Kombo ini boleh dimiliki pada harga RM25 (single combo: 1 minuman, 1 popcorn) dan RM46 (double combo 2: 2 minuman dan 1 popcorn bersaiz besar).


Tempah panggung dan dapat 2 keychain!

Ini adalah pakej istimewa untuk tempahan panggung secara berkumpulan. Ambil maklum bahawa tempahan berkumpulan hanya untuk panggung biasa dengan minimum 30 pax setiap tempahan (RM30 per pax dengan combo popcorn, RM28 per pax untuk Tumbler sahaja). Bagaimanapun, untuk tempahan sebuah panggung, Premiere Class Hall Pakej (RM43/RM45) hanya boleh dibuat di mmCineplexes Summer Mall, Kuching dan mmCineplexes Riverfront City, Sg Petana; dan Platinum Movie Suites (RM55/RM53) di mmCineplexes eCurve, Damansara. Sementara itu, Pakej Elite Hall RM52 untuk dua orang dengan Popcorn Combo atau RM50 untuk dua orang untuk Tumbler sahaja.


Anank-anak anda pasti teruja dengan 'froz-mazing'!

Hujung minggu ini akan berlangsung "Frozen 2" Fan Fest! Di mmCineplexes JB City Square pada 22 November (Jumaat) pukul 4pm, mmCineplexes Mahkota Parade, Melaka, 11.30pm pada 23 November (Sabtu) dan mmCineplexes eCurve, Damansara, 2.30pm pada 24 November (Ahad). Anda perlu mendaftar di tiga lokasi ini sebelum 22 November.

MBO Cinemas

Combo istimewa popcorn bersama susu untuk dan juga bekas tin popcorn
berbentuk beg tangan yang sangat comel!

Untuk RM38, si kecil anda (atau anda sendiri) dapat Single Combo yang mempunyai 1 180ml susu Dutch Lady UHT dan 1 bekas tin (penuh dengan popcorn) berbentuk beg tangan yang comel. Manakala Share Combo pula berharga RM40, termasuk dengan susu 180ml tambahan. Jimat RM1 apabila anda membeli 1 tiket dengan Single Combo, atau jima RM2 apabila anda beli 2 tiket dengan Share Combo.


Pastikan anak anda sihat dengan susu edisi terhad ini!

Bercakap mengenai susu, Dutch Lady Malaysia telah tampil mengeluarkan susu edisi terhad dan ia boleh didapati di MBO Cinemas! Ia mempunyai dua jenis berbeza iaitu kotak susu Elsa adalah susu berperisa aiskrim vanilla, manakala kotak susu Anna pula susu berperisa strawberi pisang.


'Freeze the moment' dan anda berpeluang untuk menang baucar wayang dan popcorn.

Selepas anda mendapat bekas tin popcorn anda, jangan ketinggalan untuk bergambar bersamanya untuk 'freeze the moment' dan muat naik gambar di Facebook/Instagram/Twitter dengan tanda pagar #MBOFrozen2 #Frozen2MY dan tag MBO Cinemas. Sebanyak 10 gambar dengan gaya paling kreatif dan comel akan mendapat set kod e-baucar MBO Complimentary Voucher + MBO Popcorn Voucher. Peraduan berakhir pada 11.59PM, 8 Disember 2019!


Lebih banyak barangan menarik "Frozen 2" menanti anda!

Tonton "Frozen 2" di MBO the Starling (1pm, 23 November), MBO Atria (4pm, 23 November), atau MBO Subang Parade (2.10pm, 24 November) dan anda mungkin akan membawa pulang hadiah istimewa daripada MBO x Instax Kecil Giveaway.


Set manakah yang anda mahu?

Guna Starpoints anda untuk menebus barangan edisi terhad ini: Set A, 1 beg drawstring dan 1 'snow globe' (4,000 Starpoints); Set B, 1 keychain dan 1 tote beg (5,000 Starpoints); 1 cawan (6,000 Starpoints); dan 1 t-shirt kanak-kanak (7,000 Starpoints).

TGV Cinemas

Alami pengalaman magis dengan cawan yang boleh bertukar warna ini!

Dapatkan cawan yang boleh bertukar warna - hanya RM21.90 - atau dapatkannya dengan combo (termasuk 1 Hollywood popcorn dan 1 minuman) pada harga RM31.90. Untuk ahli TGV MovieClub, combo itu dapat dibeli pada harga yang lebih murah iaitu RM28.90.


Tempah panggung dan dapatkan barangan edisi terhad premium!

Tempah mana-mana panggung di TGV untuk tayangan tertutup "Frozen 2" (tempahan perlu dibuat 2 minggu sebelum) dan dapat combo yang mempunyai cawan boleh bertukar warna, keychain edisi terhad "Frozen 2" dan Olaf Christmas Jumper, 1 popcorn besar dan 1 minuman ringan bersaiz besar).


Dapat potongan RM5 dari harga asal RM30!

Untuk ahli TGV MovieClub, dapatkan potongan RM5 apabila anda menonton "Frozen 2" hujung minggu ini. Maaf bagi bukan ahli kerana anda perlu membawa harga penuh iaitu RM30, tetapi anda masih dapat benda yang sama: 1 tiket wayang, 1 goodie beg dan 1 pass 'all-access' untuk aktiviti yang akan bermula sejam sebelum tayangan filem.

Emperor Cinemas

Kembali ke sekolah dengan set alat tulis yang cukup bergaya ini!

Di Emperor Cinemas, belanja RM23 untuk combo yang mana ia termasuk 1 popcorn bersaiz besar, 1 minuman bersaiz besar dan 1 bekas pensil "Frozen 2" yang turut mempunyai sekeping sticker, 1 pemadam dan 1 pensil.


Selain menonton filem, Emperor Cinemas turut mempunyai aktiviti
mewarna iaitu 'Colouring Workshop'!

Hujung minggu ini serlahkan kreativiti mewarna anda. Pendaftaran untuk 'Colouring Workshop' "Frozen 2" di Monkey Café di Emperor Cinemas adalah percuma! Malah bahan melukis dan pensil warna turut disediakan. Jadi, jangan lupa untuk RSVP tempat anda!

GSC

Terlalu banyak combo untuk dipilih!

GSC menawarkan dua combo yang cukup menarik! The Family Combo (RM28 (Semenanjung) / RM28.50 (Sabah/Sarawak)) termasuk 1 tumbler berpenutup Istana, 1 susu Dutch Lady, 1 popcorn, dan 1 minuman ringan. The Tin Bucket (RM28 (Semenanjung) / RM28.50 (Sabah/Sarawak)) termasuk 1 bekas tin, 1 popcorn bersaiz besar dan 2 minuman ringan – tambah RM16 untuk mendapatkan tumbler berpenutup Istana dan 1 susu Dutch Lady. Combo boleh didapati di semua lokasi GSC di seluruh negara kecuali GSC Terminal 1 Seremban dan GSC Signature, The Gardens.

Amerin Cineplex

Bekas tin paling 'cool' untuk popcorn anda!

Dapatkan bekas tin ini hanya pada RM19 atau beli combo pada RM22, yang mana ia termasuk 1 bekas tin, 1 popcorn caramel bersaiz besar, dan 1 minuman bersaiz besar (atau 2 air mineral).

Bona Cinemas

Anda boleh beli bekas tin popcorn "Frozen 2" yang cukup menarik!

Bermula 21 November, anda dapat menonton "Frozen 2" di Bona Cinemas dengan bekas popcorn besar. Dapatkan bekas popcorn istimewa ini, dengan minuman pada harga RM20. Jika anda membeli Tiket Premium, anda hanya perlu tambah RM10 untuk bekas popcorn (Combo A), dan jika anda beli tiket biasa, tambah RM15 untuk (Combo B).

LFS Cinemas

LFS turut menawarkan bekas tin popcorn yang sangat comel!

LFS Cinemas juga menawarkan combo bekas tin, yang mana ia termasuk dengan popcorn caramel di dalamnya dan 1 minuman. Combo ini berharga RM18 untuk Semenanjung dan RM20 di Sabah/Sarawak.

Paragon Cinemas

Bekas tin ini tidak mempunyai popcorn, sebaliknya ia mempunyai Twisties!

Sama seperti pawagam lain, Paragon turut menawarkan bekas tin popcorn. Tetapi untuk combo yang berharga RM26 ini ia turut termasuk 1 Twisties, 1 Air Mineral Dasani dan 1 minuman bersaiz 22oz.


Anda akan mendapat dua minuman ringan dengan combo ini!

Selain combo berharga RM26, mereka juga mempunyai combo kedua yang berharga RM28 yang mana ia datang dengan 1 Twisties, 1 popcorn dalam bekas tin dan 2 minuman bersaiz 22oz.

One Cinemas

Satu lagi pawagam yang turut menawarkan bekas popcorn yang menarik!

Apabila menonton "Frozen 2" di One Cinemas, jangan ketinggalan untuk mendapatkan bekas popcorn bersama popcorn sekali hanya RM16. Anda juga boleh memilih combo pada harga RM24, yang termasuk bekas popcorn dan 2 minuman.


Cinema Online, 22 November 2019

Filem Berkaitan
Frozen 2 (21 Nov 2019)
Frozen (24 Jun 2010)
Frozen Sing Along (04 Dec 2014)
Pautan Berkaitan
Priyanka dan Parineeti Chopra alih suara "Frozen 2" Hindi
Kedua-dua aktres itu akhirnya berpeluang untuk bekerjasama dalam projek filem.
Maniesh Paul teruja bakal alih suara Kristoff untuk "Frozen 2"
Aktor itu menjadi pelakon terbaru yang diumumkan terlibat dengan "Frozen 2" versi Hindi.
Cinema Online melawat pawagam pertama di Nilai
Baru-baru ini Cinema Online sempat membuat lawatan untuk melihat sendiri pawagam pertama di Nilai.