ENG | BM
Gallery
"Badang", filem adiwira mencuit hati

By Ashraf Nasser

Setelah sekian lama penonton tidak disajikan dengan filem adiwira, akhirnya muncul juga filem adiwira tempatan berjudul "Badang". Filem arahan Profesor Dato' Dr A Razak Mohaideen ini merupakan sebuah filem aksi komedi yang mana beliau mempertaruhkan pelakon baru Dato' Seri Aliff Syukri bergandingan dengan pelakon popular Fasha Sandha sebagai peneraju. Selain itu, ia turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Fauzi Nawawi yang membawa watak antagonis. Ia berkisarkan tentang seorang lelaki bernama Badrul yang sering menjadi mangsa buli oleh rakan kolejnya. Namun satu hari dia secara tiba-tiba mendapat kuasa luar biasa. Dari situ baru terbongkar asal usulnya. Sebelum anda ke pawagam untuk tonton filem ini pada 15 Februari nanti, apa kata tengok dahulu foto-foto menarik "Badang".


Babak di mana watak Bad (DS Aliff Syukri) cuba kuasa yang ada padanya bersama
rakan baiknya Sarip (Azhari Zain).


Pak Tam dan Mak Siah hidup kesunyian tanpa cahaya mata.


Puteri Bunian lakonan Nadia Brian muncul menunaikan hajat Pak Tam dan isterinya
yang mahukan seorang anak.


Walaupun hanya satu babak, namun lakonan Norman Hakim sebagai Profesor De Bono
nyata mencuit hati penonton.


Babak yang menampilkan Douglas Lim sebagai Taiko Geng Kamzin cukup memberi impak
apabila lakonan bersahajanya membuatkan penonton tidak kering gusi.


Dynas Mokhtar juga tampil membuat penampilan istimewa sebagai ibu kepada seorang
budak perempuan.


Tidak dapat dinafikan watak antagonis Abang Tai lakonan Fauzi Nawawi
cukup berkesan dan baik sekali.


Isteri kepada DS Aliff Syukri, Datin Nur Shahida turut buat penampilan khas sebagai Dr. Syahida.


Fasha Sandha sememangnya sudah sinonim dengan filem adiwira yang mana filem adiwira
pertamanya adalah "Cicakman" yang mana dalam filem "Badang" dia memegang watak sebagai Tisha.


Cinema Online, 13 Februari 2018