ENG | BM
Galeri
Chulbul Pandey kembali dengan aksi lebih hebat dalam "Dabangg 3"

By Ashraf Nasser

Bagi peminat bintang filem terkenal Bollywood Salman Khan, pasti ramai yang teruja dengan filem aksi terbarunya iaitu "Dabangg 3" yang mula ditayangkan sejak 20 Disember lalu. Menerusi filem ketiga dari francais "Dabangg" ini, Salman kembali menghidupkan wataknya sebagai ASP Chulbul Pandey, seorang pegawai polis yang ceria dan berani. Kali ini dia perlu berdepan dengan seorang penjenayah kejam iaitu Balli Singh yang sering menganggu ketenteram orang ramai. Selain Salman, ia turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Sonakshi Sinha, Sudeep, Warina Hussain dan ramai lagi. Bagi anda yang belum lagi menonton filem ini, jom lihat foto-foto menarik "Dabangg 3".

Salman Khan kembali hidupkan wataknya asalnya sebagai ASP Chulbul Pandey, seorang pegawai yang tegas dan berani tetapi bersikap 'happy go lucky'.
Salman Khan kembali hidupkan wataknya asalnya sebagai ASP Chulbul Pandey,
seorang pegawai yang tegas dan berani tetapi bersikap 'happy go lucky'.


ASP Chulbul Pandey merupakan hero orang ramai yang tertindas dengan kekejaman penjenayah Balli Singh.


Sudeep Sanjeev membawa watak antagonis sebagai Balli Singh.


Walaupun sibuk dengan tugasnya sebagai pegawai polis, ASP Chulbul Pandey tidak
pernah lupakan isterinya iaitu Rajjo Pandey yang dilakonkan oleh Sonakshi Sinha.


ASP Chulbul Pandey bertempur dengan konco-konco Balli Singh yang membuat kacau.


Walaupun "Dabangg 3" padat dengan aksi, tetapi elemen komedi menerusi lagu tetap diselitkan dalam filem ini.


Apabila ASP Chulbul Pandey sedang melakukan kerja, tiada siapa yang dapat menghalangnya.


Apabila penjenayah semakin berleluasa menganggu ketenteraman awam,
ASP Chulbul Pandey akan pastikan penjenayah itu dihapuskan dengan segera.


Selepas membelasah konco-konco Balli Singh, ASP Chulbul Pandey kini berdepan dengan ketua
penjenayah kejam itu dan akan hapuskannya demi kesejahteraan orang ramai.


Cinema Online, 30 Disember 2019

Filem Berkaitan
Dabangg 3 (Hindi) (20 Dec 2019)
Pautan Berkaitan
Saiee Majrekar harapkan yang terbaik untuk "Dabangg 3"
Filem itu menandakan debutnya sebagai aktres di layar perak.
Salman Khan kongsi foto selesai jalani penggambaran "Dabangg 3"
Salman Khan muatnaik foto di set penggambaran menerusi akaun media sosial miliknya.
Prabhu Deva puas hati dengan prestasi pelakon "Dabangg 3"
Pengarah itu turut memuji sikap para pelakon atas kerjasama yang diberikan.
John Cena jadi bomba dalam "Playing With Fire"
Jom lihat foto-foto di sebalik filem komedi arahan Andy Fickman.
Nabila Huda tuntut bela demi 'anak' dalam "M4M4"
Jom lihat foto-foto di sebalik filem seram thriller arahan Eyra Rahman ini.
"Si Manis Jembatan Ancol" kembalikan 'urban legend' Indonesia
Jom lihat foto-foto di sebalik filem seram yang dibintangi Randy Pangalila ini.