ENG | BM
Galeri
Ejen perisik M.O.X & KFR13 bertempur dalam "M.O.X: Misi Operasi X"

By Nisa Irina

Industri perfileman tempatan kurang menghasilkan filem-filem berunsurkan ejen penyiasatan seperti industri Hollywood yang terkenal dengan siri filem "James Bond" dan "Mission Impossible". Kini sebuah filem berjudul "M.O.X: Misi Operasi X" telah dihasilkan dibawah garapan pengarah Zulkifli M. Osman. M.O.X adalah sebuah badan perisikan yang diketuai oleh `M` manakala KFR13 pula adalah sebuah organisasi diketuai oleh Komander Moshie. KFR13 menjalankan aktiviti haram dan berkait dengan pertubuhan pengganas antarabangsa berpangkalan di Alaska, yang sering melakukan ancaman kepada kestabilan dunia menggunakan peralatan senjata pemusnah yang canggih. Ancaman KFR13 turut menyebabkan ejen-ejen rahsia M.O.X telah terkorban atau hilang tanpa dikesan. Semasa melaksanakan misi rahsia di Filipina, Don Pedro menyelamatkan seorang pelajar Malaysia bernama Martias yang berjaya menggodam rancangan dan formula senjata KFR13. Berikutan itu, KFR13 mengekori Don Pedro ke mana sahaja dia pergi, termasuk Thailand, Malaysia, India dan Alaska, untuk membunuhnya dan memusnahkan bukti.


Don Pedro merupakan ejen rahsia M.O.X yang menjadi buruan KFR13.


Mengapa Don Pedro dan Zeera ditahan oleh penguatkuasa?


Nyawa orang awam turut terkorban akibat ancaman dari KFR13.


Fifi merupakan kekasih Don Pedro yang sangat berahsia.


Ternyata rupa-rupanya Fifi adalah seorang ejen perisik dari Indonesia.


Don Pedro dan Profesor Q lakonan Ebi Kornelis dan Radhi Khalid.


Profesor Q bertugas untuk memberi gajet-gajet canggih kepada Don Pedro.


Sampai terbalik kereta dibuatnya. Apa dah jadi kepada Don Pedro?


Mampukah Don Pedro menamatkan rancangan jahat Komander Moshie?


Cinema Online, 2 November 2019