ENG | BM
Galeri
Entiti jahat mengganas dalam "Ikut Aku Ke Neraka"

By Nisa Irina

Peminat filem seram bakal dihantui oleh sebuah filem baru dari Indonesia yang dibintangi oleh Clara Bernadeth dan Rendy Kjaernett berjudul "Ikut Aku Ke Neraka". Filem ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri Lita dan Rama yang menantikan kelahiran anak pertama mereka. Kehidupan mereka berubah selepas Lita menjalani pembedahan bagi membuang tanda lahir di belakang badannya. Lita mula diganggu makhluk halus berupa wanita yang menakutkan sehinggalah dia ingin melahirkan anak. Rama telah meminta bantuan dari Pak Adam bagi membersihkan rumah mereka dari gangguan makhluk halus itu. Pak Adam memberitahu bahawa segala jawapan mengenai gangguan itu terdapat pada masa lampau Lita, iaitu ibunya, Sari, yang kini berada di hospital sakit jiwa.


Pasangan suami isteri Rama dan Lita menanti kelahiran anak pertama mereka.


Lita dihantui entiti seram ketika dia sedang melahirkan anak pertama.


Rama cuba menenangkan isteri yang kemurungan kerana sering diganggu kejadian aneh.


Pak Adam turut diganggu entiti itu ketika cuba membantu pasangan Rama dan Lita.


Ibu Lita, Sari, kini menjalani rawatan di hospital sakit jiwa.


Entiti seram itu muncul di dalam cermin tandas Lita sehingga ia retak.


Pembantu rumah Lita terkejut apabila entiti itu memunculkan diri di hadapannya.


Doktor pakar sakit jiwa yang merawat Sari tidak mempercayai kewujudan makhluk halus.


Sari memegang semua jawapan kepada misteri dan gangguan yang menghantui hidup Lita.


Cinema Online, 21 September 2019