ENG | BM
Galeri
Foto-foto menarik di sebalik "BoBoiBoy Movie 2"

By Nisa Irina

Selepas filem pertama "BoBoiBoy The Movie" 2016 mendapat sambutan ramai dan mencapai kutipan sebanyak RM18 juta, kini Animonsta Studios bakal menerbitkan sekuel filem tersebut. Diberi judul "BoBoiBoy Movie 2", filem ini bakal ditayangkan secara serentak di 500 pawagam di lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Vietnam pada 8 Ogos nanti. Menerusi sekuel ini, BoBoiBoy menentang satu kuasa kuno digelar Retak`ka yang mahu merampas kuasa elemen BoBoiBoy. Dia dan rakan-rakannya perlu menghalang musuh misteri terbaru mereka itu daripada meneruskan rancangan jahatnya.


BoBoiBoy berpecah kepada lima elemen kuasa untuk melawan Retak'ka.


Kapal angkasa milik BoBoiBoy dan rakan-rakannya.


Pengasas organisasi TAPOPS iaitu Komander Cici Ko bersama Laksamana Tarung.


Yaya adalah salah seorang rakan BoBoiBoy yang berkeupayaan untuk
mengawal graviti dan terbang.


Papa Zola dan anak perempuannya Pipi Zola yang turut menyertai misi BoBoiBoy.


Adu Du kembali untuk memburu Power Sphera iaitu robot teknologi tinggi berkuasa hebat.


Musuh misteri bernama Retak'ka iaitu penguasa 7 Elemental.


Kuasa elemental BoBoiBoy Blaze bersama senjata cakera api.


Kuasa elemental BoboiBoy Gempa dengan kuasa Golem Tanah.


BoBoiBoy dan Ochobot bertemu semula dengan Tok Aba di Pulau Rintis.


BoBoiBoy dan Gopal yang berkuasa menukarkan objek menjadi makanan.


Ying cuba menyelamatkan penduduk dari galaksi lain menaiki kapal angkasanya.


Cinema Online, 13 Ogos 2019

Filem Berkaitan
Pautan Berkaitan
Rungkai misteri disebalik kehilangan Bella menerusi "Wangi"
Erra Fazira akan bergandingan bersama Nabila Huda menerusi filem seram ini.
Foto-foto 'seram' di sebalik "Kuntilanak 2"
Kuntilanak akan kembali menghantui penonton dalam filem sekuelnya.
Foto-foto menarik di sebalik "Spider-Man: Far From Home"
Peter Parker kembali dalam filem terbaru dengan misi terbaru untuk selamatkan dunia.
Park Seo-joon & Ahn Sung-ki kembali dengan "The Divine Fury"
Jom lihat foto-foto menarik dalam filem seram aksi arahan Joo-hwan Kim ini.
Zul Ariffin, Remy Ishak bertembung dalam "Sangkar"
Saksikan perlawanan MMA antara dua pelakon hebat ini dalam filem yang padat dengan aksi.
Singkap sejarah bunga emas dalam "KRON"
Jom lihat foto-foto menarik dalam filem fiksyen pengembaraan arahan Opie Zami ini.