ENG | BM
Galeri
Foto-foto babak menarik dalam "Roh Fasik"

By Nisa Irina

Jika sebelum ini filem seram Indonesia lebih memperlihatkan mengenai kekuatan jin dan syaitan, namun dalam filem "Roh Fasik" ini pengarah Ubay Fox tampil kelainan dengan menghasilkan filem seram berunsurkan Islamik dengan keindahan bacaan ayat-ayat Al-Quran. Ia berkisarkan mengenai seorang lelaki bernama Akbar yang hilang kepercayaan dalam agama dan Allah selepas kematian isterinya Zahra. Sejak dari itu dia mula mengubah hidup apabila tidak lagi mengikut ajaran agama. Dia kemudian berkahwin dengan seorang Renata tetapi perkahwinannya tidak bahagia. Kehidupan Akbar, Renata dan anak mereka menjadi tidak tenteram apabila mereka mula berdepan dengan gangguan syaitan yang berada dalam rumah itu. Filem yang dilabel sebagai "Munafik" versi Indonesia ini dibintangi pelakon hebat seperti Irwansyah, Evan Sanders, Denira Wiraguna, Zaskia Sungkar, Nagita Slavina dan ramai lagi. Jadi sebelum anda tonton filem ini pada 1 Syawal iaitu 5 Jun ini, jom lihat foto-foto menarik "Roh Fasik".


Evan Sanders bawa watak utama sebagai Akbar dan Zaskia Sungkar sebagai si isteri bernama Zahra.


Isteri Akbar, Zahra mula berdepan dengan banyak kejadian aneh dan menyeramkan.


Zahra bukan sahaja diganggu, malah turut dirasuk oleh syaitan yang berada dalam rumah mereka.


Irwansyah membawa watak sebagai Ustaz Hassan menerima panggilan daripada Akbar bagi meminta bantuan.


Ustaz Hassan cuba menasihati Akbar untuk kembali ke pangkal jalan namun tidak diendahkannya.


Akbar nyata sedih dan kecewa dengan kematian isterinya Zahra.


Keadaan dalam rumah Akbar menjadi semakin parah apabila syaitan di dalam rumah itu semakin bertindak ganas.


Ustaz Hassan cuba membantu rakannya itu dengan cuba menghapuskan syaitan yang mahu musnahkan keluarga Akbar.


Syaitan enggan mengalah dan akan terus berusaha untuk menyesatkan setiap umat manusia ke jalan neraka.


Cinema Online, 3 Jun 2019