ENG | BM
Galeri
"Geran" angkat seni bela diri warisan Melayu

By Nisa Irina

Seperti industri antarabangsa, industri perfileman tempatan juga kaya dengan kepelbagaian filem aksi. Namun begitu, jarang sekali untuk melihat seni bela diri tradisional diangkat ke layar perak. Buat julung kalinya, pengarah Areel Abu Bakar tampil mengambil risiko dengan menghasilkan sebuah filem bertemakan persilatan berjudul "Geran". Ia berkisar mengenai Ali dan Fatimah yang berasa tertekan dengan adik bongsu mereka, Mat Arip, apabila dia gagal pulang ke rumah bersama geran tanah pusaka mereka. Kini Ali perlu mencari Mat Arip, yang telah terjebak ke jalan yang salah dan terbabit dengan perjudian serta lumba kereta haram, dan membawanya pulang ke pangkuan bapa mereka, Pak Nayan.


Fatimah cuba menghalau kumpulan ah long yang mendesak Pak Nayan
menyerahkan geran tanah pusakanya.


Ali mendalami ilmu persilatan bersama gurunya.


Kahar bersama pengikutnya menerjah rumah Pak Nayan untuk mengutip hutang Mat Arip.


Mat Arip mencabar Lah untuk berlumba kereta dengannya demi mendapatkan habuan.


Kahar dan pengikutnya bekerja di bawah arahan Haji Daud yang bermusuh dengan Pak Nayan.


Ali bengang selepas ditunjukkan rakaman adiknya, Mat Arip, diculik oleh pekerja Haji Daud.


Mat Arip dan Mi Piang berada dalam masalah selepas Mat Arip
mempertaruhkan geran tanah pusaka bapanya.


Asan dan At menggertak Mat Arip selepas dia melarikan diri kerana
kalah dalam perlumbaan kereta haram.


Pak Nayan dan keluarganya masih mengambil berat terhadap Mat Arip walaupun
dia sering mendatangkan masalah kepada mereka.


Cinema Online, 9 Oktober 2019