ENG | BM
Galeri
Kisah roh jahat menghantui dalam "The Spirit Of Ramayana"

By Nisa Irina

Sebuah filem seram Thailand yang memaparkan elemen tarian tradisional dan kontemporari Thai. Ia berkisar mengenai Mintra yang ingin membuktikan kepada keluarga dan orang lain bahawa impiannya untuk menjadi seorang penari adalah benar, termasuk ingin mendapatkan wang untuk membayar bil. Dia telah menyertai uji bakat untuk sebuah pementasan berjudul "Ramayana", dengan harapan dapat menggalas watak Seeda. Pengarah berpendapat dia terlalu baik untuk watak yang memerlukan sisi baik dan gelap itu, dan telah memilih musuhnya Gina. Perkara itu telah menghidupkan sisi gelap Mintra. Dia kemudian bersetuju untuk menerima bantuan roh jahat yang ingin menghidupkan sisi gelapnya. Namun, Mintra hanya mendapat peluang kedua untuk menyertai uji bakat watak utama itu kerana Gina telah ditimpa kemalangan yang disebabkan oleh hantu tersebut.


Pementasan tarian yang berkonsepkan tarian tradisional dan kontemporari Thai.


Mintra ingin membuktikan kepada pengarah bahawa dia boleh membawa watak Seeda.


Mintra mendapatkan bantuan daripada roh jahat untuk menghidupkan sisi gelapnya.


Pengarah pementasan tidak memberi watak Seeda kepada Mintra
kerana berpendapat dia terlalu baik.


Roh jahat itu telah membunuh orang-orang di sekeliling Mintra
sebagai ganti kepada pertolongannya.


Kehidupan Mintra mula dihantui kejadian aneh dan menakutkan.


Bantuan roh jahat itu hanya boleh dibalas dengan kematian.


Roh jahat itu telah menyebabkan Gina kemalangan dan mengalami kecederaan serius.


Roh jahat membantu Mintra berlatih bagi memahirkan tarian tradisi Ramayana.


Cinema Online, 5 September 2019

Filem Berkaitan
Pautan Berkaitan
Zul Ariffin, Remy Ishak bertembung dalam "Sangkar"
Saksikan perlawanan MMA antara dua pelakon hebat ini dalam filem yang padat dengan aksi.
Singkap sejarah bunga emas dalam "KRON"
Jom lihat foto-foto menarik dalam filem fiksyen pengembaraan arahan Opie Zami ini.
Park Seo-joon & Ahn Sung-ki kembali dengan "The Divine Fury"
Jom lihat foto-foto menarik dalam filem seram aksi arahan Joo-hwan Kim ini.
Siasat dalang di sebalik kehilangan Anna dalam "Motif"
Jom lihat foto-foto di sebalik filem thriller lakonan Datuk Rosyam Nor dan Sharifah Amani ini.
Entiti jahat mengganas dalam "Ikut Aku Ke Neraka"
Jom lihat foto-foto seram di sebalik filem yang dibintangi Clara Bernadeth dan Rendy Kjaernett ini.
"Geran" angkat seni bela diri warisan Melayu
Jom lihat foto-foto di sebalik filem yang dibintangi Namron dan Fad Anuar ini.