ENG | BM
Galeri
Pontianak mengganas di ibu kota dalam "KL Vampires"

By Ashraf Nasser

Jarang sekali penonton disajikan dengan filem tempatan mengenai pontianak 'normal' seperti manusia biasa. Selalunya filem seperti ini hanya dihasilkan oleh Hollywood seperti "Twilight" dan sebagainya. Kini penonton bakal disajikan filem seperti itu menerusi filem "KL Vampires" yang mana ia berkisarkan mengenai dua kumpulan vampire dalam peperangan sesama mereka. Filem arahan Daven R. ini dibintangi oleh pelakon dari dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia seperti Raja Ilya, Josiah Hogan, Pablo Amirul, Donny Alamsyah, Cecep Arif Rahman dan ramai lagi. Jadi sebelum anda ke pawagam untuk menonton filem ini pada 14 November depan. Jom lihat foto-foto menarik filem "KL Vampires".


Raja Ilya dipilih untuk meneraju filem "KL Vampires" sebagai Ratu
Vampires iaitu Ratu Citra Sari.


Babak pertarungan antaran Shah (Josiah Hogan), Agus (Donny Alamsyah)
dengan Ratu Citra Sari (Raja Ilya).


Josiah Hogan membawa watak sebagai Shah iaitu orang kuat Ratu Citra Sari.


Pelakon tersohor tanah air Wan Hanafi Su turut membintangi filem ini
sebagai Jaka Santoro.


Aeril Zafrel bawa watak sebagai Indera manakala Reen Rahim pula sebagai Reem
yang merupakan vampires pada zaman moden.


Setelah sekian lama tidak melihat Pablo Amirul di layar perak, dia akhirnya bakal
kembali dengan membawa watak antagonis sebagai Van Kordi.


Pengarah Devan R. cuba menerangkan sesuatu kepada Raja Ilya
sebelum penggambaran bermula.


Aeril Zafrel bawa watak sebagai vampires pada zaman moden.


Argus (Donny Alamsyah) mengetuai sebuah kumpulan yang mahu menguasai dunia
dan menumpaskan kumpulan yang diketuai oleh Ratu Citra Sari.


Cinema Online, 20 Oktober 2019