ENG | BM
Galeri
Singkap sejarah bunga emas dalam "KRON"

By Nisa Irina

Pengarah Opie Zami berani mengambil risiko dengan menggunakan teknik imej janaan computer (CGI) dalam filem fiksyen pengembaraan arahannya berjudul "KRON". Walaupun berdepan pelbagai cabaran sepanjang proses pembikinan, namun perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk menyiapkan filem ini sepenuhnya. "KRON" berkisar mengenai Profesor Daud, seorang pengkaji Sejarah di sebuah muzium di Kedah, dan pembantunya Sham yang nekad untuk melakukan ekspedisi menjejaki laluan Raja Siam untuk mencari bunga emas walaupun dihalang pihak atasan. Misi mereka disertai seorang ahli perniagaan, Melur Seri, yang bersetuju untuk menanggung kos ekspedisi dan seorang pengarah televisyen paranormal, Pian, yang menawarkan diri untuk merakam aktiviti mereka tanpa sebarang bayaran. Misi mereka terganggu apabila diburu oleh satu makhluk misteri digelar Kron.


Melur Seri, yang merupakan keturunan ketujuh Delapan, bermimpi berada di alam lain.


Sham dan Pian terlibat dalam kemalangan dengan Melur Seri ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.


Upacara khas dilakukan oleh Tok Batin sebelum Ketoi dan rakan-rakannya memulakan ekspedisi.


Sham cuba mentafsir maksud dalam buku misteri keturunan Delapan.


Melur Seri menemui Sham dan berbincang menyertai ekspedisi yang ingin dilakukan oleh Profesor Daud.


Bonda Iring membawa bunga emas untuk dihadiahkan kepada Raja Siam.


Melur Seri memberitahu Profesor Daud bahawa peta rahsia hanya boleh dibaca selepas
Tok Batin melakukan upacara.


Melur Seri teringat kejadian di mana bakal suaminya mati pada hari perkahwinannya
akibat sumpahan terhadap keluarganya.


Upacara membakar mayat kanak-kanak perempuan yang mati dibunuh KRON
diketuai Tok Batin dan puaknya.


Cinema Online, 22 Ogos 2019