ENG | BM
Galeri
Leonardo DiCaprio & Brad Pitt dalam "Once Upon A Time In Hollywood"

By Nisa Irina

Filem ini membawa penonton kembali ke tahun 1969 di Los Angeles di mana Hollywood berada di kemuncak kegemilangannya. Rick Dalton adalah bintang TV Hollywood dan rakan baiknya Cliff Booth adalah 'stuntman' kepadanya. Kedua-dua mereka bergelut untuk mencapai kejayaan dalam era Hollywood baru. Jiran Rick, Sharon Tate, merupakan seorang pelakon baru yang sedang meningkat naik. Pada tahun yang sama juga, dunia Hollywood telah dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam Sharon dan empat orang lagi iaitu Jay Sebring, Steven Parent, Wojciech Frykowski dan Abigail Folger. Mereka telah dibunuh oleh beberapa orang ahli persatuan Manson Family. Jadi sebelum anda ke pawagam untuk tonton filem ini pada 15 Ogos ini, jom lihat foto-foto menarik "Once Upon A Time In Hollywood".


Watak utama iaitu Rick Dalton digalas oleh bintang Hollywood Leonardo DiCaprio.


Brad Pitt memainkan watak Cliff Booth, rakan baik dan 'stuntman' kepada Rick Dalton.


Rick Dalton bersama penari latar dalam salah sebuah filem yang dibintanginya.


Cliff Booth berkenalan dengan ejen kepada Rick Dalton iaitu Marvin Schwarz.


Watak Marvin Schwarz dibawa oleh penerbit dan pelakon veteran Al Pacino.


Margot Robbie membawa watak pelakon dan model yang sedang meningkat naik, Sharon Tate.


Cliff Booth berpeluang untuk berlakon dengan Bruce Lee dalam sebuah filem aksi.


Pussycat membawa Cliff Booth berjumpa dengan Manson Family di Spahn's Ranch.


Rick Dalton dan Cliff Booth berbincang mengenai kerja mereka di sebuah bar.


Cinema Online, 14 Ogos 2019

Filem Berkaitan
Pautan Berkaitan
Rungkai misteri disebalik kehilangan Bella menerusi "Wangi"
Erra Fazira akan bergandingan bersama Nabila Huda menerusi filem seram ini.
Foto-foto 'seram' di sebalik "Kuntilanak 2"
Kuntilanak akan kembali menghantui penonton dalam filem sekuelnya.
Foto-foto menarik di sebalik "Spider-Man: Far From Home"
Peter Parker kembali dalam filem terbaru dengan misi terbaru untuk selamatkan dunia.
Park Seo-joon & Ahn Sung-ki kembali dengan "The Divine Fury"
Jom lihat foto-foto menarik dalam filem seram aksi arahan Joo-hwan Kim ini.
Zul Ariffin, Remy Ishak bertembung dalam "Sangkar"
Saksikan perlawanan MMA antara dua pelakon hebat ini dalam filem yang padat dengan aksi.
Singkap sejarah bunga emas dalam "KRON"
Jom lihat foto-foto menarik dalam filem fiksyen pengembaraan arahan Opie Zami ini.