ENG | BM
Galeri
Park Seo-joon & Ahn Sung-ki kembali dengan "The Divine Fury"

By Nisa Irina

Filem arahan Joo-hwan Kim ini merupakan sesuatu yang luar biasa apabila dia menggabungkan konsep aksi, seram dan juga sukan. "The Divine Fury" menandakan kolaborasi kedua Kim bersama aktor Park Seo-joon selepas filem "Midnight Runners". Park Seo-joon membawa watak utama iaitu seorang atlet MMA bernama Yong-hoo. Kematian ayahnya dalam sebuah kemalangan dan ibunya semasa zaman kanak-kanak menyebabkan Yong-hoo hilang kepercayaan terhadap orang lain termasuk Tuhan. Dia membesar menjadi seorang juara seni mempertahankan diri, 'Mixed Martial Arts' (MMA). Pertemuannya dengan Paderi Ahn telah mengubah hidupnya apabila dia menerima kuasa luar biasa bagi menentang kuasa kejahatan yang kuat.


Yong-hoo merupakan seorang atlet 'Mixed Martial Arts' (MMA) yang berjaya dan hidup mewah.


Yong-hoo bertanya kepada Paderi Ahn mengenai luka misteri di tapak tangannya.


Yong-hoo membantu Paderi Ahn menentang kuasa kejahatan yang ada di muka bumi.


Kematian ibunya menyebabkan Yong-hoo tidak mempercayai Tuhan dan agamanya.


Paderi Ahn membantu memulihkan seorang gadis yang dirasuk oleh roh jahat.


Paderi Ahn telah dihantar ke Korea bagi memantau aktiviti berkaitan roh jahat yang semakin berleluasa.


Paderi Ahn dan rakan paderinya cuba memulihkan seorang lelaki yang dirasuk di sebuah gereja.


Ji-shin merupakan seorang pemilik kelab malam kaya yang juga dikenali sebagai Dark Bishop.


Dark Bishop mempunyai mezbah di bilik bawah tanah kelab malamnya untuk memuja roh-roh jahat.


Cinema Online, 21 Ogos 2019