ENG | BM
Galeri
Bongkar misteri kes jenayah paranormal dalam "Pusaka"

By Nisa Irina

Jarang sekali kita lihat filem seram yang mengandungi unsur jenayah dan penyiasatan diketengahkan dalam industri filem tempatan. Lantaran itu, pengarah berbakat Razaisyam Rashid tampil dengan filem "Pusaka" yang diterajui oleh Syafiq Kyle, Mimi Lana, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi dan ramai lagi. Ia berkisar mengenai sepasang kembar, Balqis dan Qistina, ditemui terkurung di dalam sebuah rumah kosong oleh Inspektor Nuar. Bagaimanapun, selepas penemuan itu, pegawai polis yang cekap itu kini perlu segera menyelesaikan misteri di sebalik kembar tersebut kerana dia bukan sahaja diganggu pelbagai kejadian aneh selepas menjumpai mereka, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mula mati seorang demi seorang.


Inspektor Nuar dan Sarjan Luqman menyiasat kuari milik ahli perniagaan terkenal Megat Mahmud.


Inspektor Nuar dan Sarjan Luqman berdepan kesukaran apabila individu
yang punya 'maklumat' penting sudah tiada.


Walaupun tampak seperti tidak mengacam, tetapi Opah punya kisah hitam
yang disembunyikannya.


Inspektor Nuar menahan Opah? Apa yang membuatkan Opah ditangkap?


Qistina dimasukkan ke hospital kerana menghidap penyakit misteri.


Inspektor Nuar mula diganggu oleh entiti yang dipercayai saka.


Kembar Inspektor Nuar iaitu Nur, seorang penagih dadah,
ditempatkan di sebuah pusat pemulihan.


Sedikit demi sedikit, Inspektor Nuar berjaya mencari petunjuk yang
berkait dengan kes kembar tersebut.


Qistina jadi mangsa dikurung di sebuah rumah kosong. Kenapa?


Cinema Online, 26 Oktober 2019

Filem Berkaitan
Pusaka (Malay) (31 Oct 2019)
Pautan Berkaitan
Pontianak mengganas di ibu kota dalam "KL Vampires"
Jom lihat foto-foto menarik filem fiksyen terbaru yang berkisarkan mengenai vampires di Kuala Lumpur.
Apabila hantu menjadi penulis novel dalam "Ghost Writer"
Jom lihat foto-foto 'aneh' filem yang berkisarkan penulis novel bekerjasama dengan hantu.
"Geran" angkat seni bela diri warisan Melayu
Jom lihat foto-foto di sebalik filem yang dibintangi Namron dan Fad Anuar ini.
Ejen perisik M.O.X & KFR13 bertempur dalam "M.O.X: Misi Operasi X"
Jom lihat foto-foto di sebalik filem aksi ejen penyiasatan terbaru ini.
Siapa bakal jadi mangsa seterusnya dalam "Lampor Keranda Terbang"?
Jom lihat foto-foto di sebalik filem seram dari negara Indonesia ini.
Rungkai misteri saka tidak bertuan dalam "Busut Bonang"
Jom lihat foto-foto di sebalik filem seram komedi lakonan Along Eyzendy ini.
"Pusaka 2" akan direalisasikan tidak lama lagi
Perkara itu disahkan oleh pengarahnya selepas filem pertama berjaya raih kutipan pecah panggung.