ENG | BM
Galeri
Rungkai misteri saka tidak bertuan dalam "Busut Bonang"

By Nisa Irina

Filem seram yang diselitkan dengan elemen komedi sering menjadi sambutan kerana ia bukan sahaja membuatkan penonton tidak senang duduk, malah tidak kering gusi. Kali ini penulis ingin mengetengahkan filem terbaru lakonan Along Eyzendy dan Nadzmi Adhwa iaitu "Busut Bonang". Ceritanya bermula dengan kematian mengerikan Cikgu Hassan, menyebabkan timbul cerita oleh orang kampung bahawa kelibat arwah dilihat berkeliaran di Kampung Bonang untuk mencari pewaris baru. Pada masa yang sama, anaknya Julia turut mengalami gangguan makhlus halus. Pemilik rancangan televisyen "Merungkai Misteri" iaitu Joey dipanggil untuk menyiasat kebenaran di sebalik kejadian itu. Dia turut memperdaya Lutfy, penjual jeruk yang ingin mencari pekerjaan baru, untuk mengikutnya dan Julia. Malangnya, perjalanan mereka bertiga ke Busut telah diganggu oleh Penunggu Busut, menyebabkan mereka sesat.


Makhluk apa yang mengganggu Julia selepas kematian bapanya Cikgu Hassan?


Penunggu Busut menyebabkan Joey, Lutfy dan Julia sesat ketika dalam
perjalanan ke Busut.


Kerana terdesak mencari kerja, Lutfy terperdaya dengan ajakan Joey.


Lutfy cuba membantu dengan mendapatkan butiran daripada Julia.


Lutfy menjalankan kerjanya sebagai kru pembantu rancangan "Merungkai Misteri".


Mengapa tiba-tiba Julia dirasuk?


Penduduk Kampung Bonang bersatu mencari saka Cikgu Hassan yang berkeliaran.


Apa yang Penunggu Busut cuba sampaikan kepada orang kampung?


Kerja penyiasatan Joey dan Lutfy terganggu akibat kejadian aneh yang berlaku di
Kampung Bonang.

Cinema Online, 4 Disember 2019

Filem Berkaitan
Busut Bonang (Malay) (19 Dec 2019)
Pautan Berkaitan
Siapa bakal jadi mangsa seterusnya dalam "Lampor Keranda Terbang"?
Jom lihat foto-foto di sebalik filem seram dari negara Indonesia ini.
Ejen perisik M.O.X & KFR13 bertempur dalam "M.O.X: Misi Operasi X"
Jom lihat foto-foto di sebalik filem aksi ejen penyiasatan terbaru ini.
Bongkar misteri kes jenayah paranormal dalam "Pusaka"
Jom lihat foto-foto di sebalik filem seram yang dibintangi Syafiq Kyle dan Mimi Lana ini.
John Cena jadi bomba dalam "Playing With Fire"
Jom lihat foto-foto di sebalik filem komedi arahan Andy Fickman.
Nabila Huda tuntut bela demi 'anak' dalam "M4M4"
Jom lihat foto-foto di sebalik filem seram thriller arahan Eyra Rahman ini.