ENG | BM
Galeri
Siapa bakal jadi mangsa seterusnya dalam "Lampor Keranda Terbang"?

By Nisa Irina

Seperti kebiasaannya industri perfileman akan sentiasa menghasilkan filem-filem bergenre seram kerana ia adalah genre yang paling digemari penonton secara global. Kali ini penulis akan memberi fokus kepada filem seram dari negara seberang Indonesia yang telah menerbitkan "Lampor Keranda Terbang". Secara ringkasnya, ia mengisahkan kepulangan Edwin dan Netta bersama anak-anak mereka, Agam dan Sekar, yang tidak disambut baik oleh penduduk kampung halaman Netta di Temanggung, Jawa Tengah. Malah, penduduk kampung turut berasa curiga dan menuduh kepulangan Netta telah membangkitkan Lampor, roh jahat yang membawa keranda terbang, untuk menyerang kampung itu. Dalam pada Edwin cuba mempertahankan isterinya serta nyawa anak-anak mereka yang terancam, dia mula mengesyaki Netta menyimpan rahsia besar. Filem ini telah ditayangkan di Malaysia pada 14 November dan bakal menghantui penonton di Singapura bermula 21 November ini!


Edwin cuba menenangkan isterinya Netta yang kelihatan resah.


Penduduk kampung nekad bekerjasama untuk mencari dan menewaskan Lampor.


Sekar takut diambil oleh hantu Lampor.


Rumah tangga Edwin dan Netta kacau bilau selepas kemunculan Lampor.


Rahsia apa yang disimpan oleh Netta selama ini?


Netta kecewa anaknya Agam telah diambil oleh Lampor.


Nyawa anak-anak Edwin dan Netta kini dalam bahaya!


Bagaimanakah cara untuk Edwin mendapatkan Agam semula?


Penduduk kampung risau kalau mereka turut menjadi mangsa Lampor.

Cinema Online, 20 November 2019

Filem Berkaitan
Pautan Berkaitan
Ejen perisik M.O.X & KFR13 bertempur dalam "M.O.X: Misi Operasi X"
Jom lihat foto-foto di sebalik filem aksi ejen penyiasatan terbaru ini.
Bongkar misteri kes jenayah paranormal dalam "Pusaka"
Jom lihat foto-foto di sebalik filem seram yang dibintangi Syafiq Kyle dan Mimi Lana ini.
Pontianak mengganas di ibu kota dalam "KL Vampires"
Jom lihat foto-foto menarik filem fiksyen terbaru yang berkisarkan mengenai vampires di Kuala Lumpur.
Rungkai misteri saka tidak bertuan dalam "Busut Bonang"
Jom lihat foto-foto di sebalik filem seram komedi lakonan Along Eyzendy ini.
John Cena jadi bomba dalam "Playing With Fire"
Jom lihat foto-foto di sebalik filem komedi arahan Andy Fickman.