ENG | BM
Galeri
Siasat dalang di sebalik kehilangan Anna dalam "Motif"

By Nisa Irina

Pengarah Nadiah Hamzah tampil memberi kelainan dalam industri filem Malaysia dengan filem cereka sulungnya berjudul "Motif". Filem bergenre thriller misteri ini turut menandakan gandingan debut dua pelakon tersohor tanah air, Datuk Rosyam Nor dan Sharifah Amani sebagai peneraju utama. "Motif" berkisar mengenai Inspektor Dewi yang ditugaskan bersama Inspektor Rizal untuk menyiasat kes kehilangan remaja perempuan bernama Anna di sebuah pekan terpencil, Tanah Merah. Namun, mereka telah mendapat tentangan daripada Hussein, bapa kepada Anna, yang tidak mempercayai kebolehan Dewi dalam menjalankan tugasnya.


Ibu Anna memberitahu Inspektor Dewi bahawa suaminya ada
menyimpan rahsia mengenai kehilangan Anna.


Inspektor Dewi perlu bekerjasama dengan Inspektor Rizal untuk mencari Anna.


Inspektor Dewi terpaksa menginap di sebuah hotel kecil di pekan Tanah Merah.


Inspektor Rizal berbalah dengan Inspektor Dewi mengenai tugas mereka.


Kedua-dua inspektor itu berbincang dengan ketua inspektor mengenai kes kehilangan Anna.


Inspektor Dewi cuba mencari petunjuk dalam sebuah rumah kosong.


Dalam cuba menyelesaikan kes Anna, Inspektor Dewi turut dihimpit konflik hidupnya sendiri.


Kamal, seorang ah long, mengutip hutangnya semula daripada peminjam.


Hussein akhirnya bersetuju untuk memberi kerjasama kepada Inspektor Dewi.


Cinema Online, 13 September 2019