ENG | BM
Galeri
Singkap kisah hidup Elton John menerusi "Rocketman"

By Nisa Irina

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini permintaan terhadap filem-filem biopik semakin mendapat sambutan dan banyak naskhah-naskhah seperti itu dihasilkan kini. Terbarunya, sebuah filem biopik berkisar mengenai penyanyi terkenal dari Britain, Elton John. Filem ini menyingkap kehidupan Elton John sebelum beliau menjadi selebriti terkenal dalam dunia seni, bermula dari penglibatan beliau dalam Royal Academy of Music sehingga kejayaan beliau meraih populariti bersama penulis lagu, Bernie Taupin. Lebih menarik lagi, filem ini juga dikategorikan dalam genre muzikal fantasi. Filem ini diterajui oleh pelakon filem bersiri "Kingsman", Taron Egerton.


Taron Egerton membawa watak sebagai penyanyi terkenal Elton John.


Elton John membuat persembahan di Stadium Dodger, Los Angeles'
disaksikan ribuan penonton pada 1975.


Elton John bersama penulis lagu Bernie Taupin yang dilakonkan oleh Jamie Bell.


Elton John menyertai sesi kaunseling berkumpulan dengan memakai kostum 'devil' berwarna jingga.


Persembahan debut Amerika Elton John di kelab The Troubadour,
California pada 1970 di hadapan 300 orang penonton.


Elton John bersama pengurusnya John Reid yang dibawa oleh Richard Madden.


Kit Connor memegang watak Elton John semasa zaman kanak-kanak.


Elton John ditemani John Reid sambil dikerumuni peminat yang
mahu mendapatkan tandatangan beliau.


Bapa tiri Elton John Fred, ibu Sheila Eileen bersama nenek beliau Ivy.


Cinema Online, 22 Jun 2019