ENG | BM
Galeri
"Suatu Ketika" tonjol semangat perpaduan kaum di Malaysia

By Nisa Irina

"Suatu Ketika" merupakan sebuah naskhah yang mengangkat tema perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum. Ia juga bertemakan sukan bola sepak yang sememangnya diminati oleh semua lapisan masyarakat. Ia berkisar mengenai impian sekumpulan kanak-kanak dari latar belakang yang berbeza berusaha untuk menubuhkan sebuah pasukan bola sepak. Mereka telah dilatih oleh seorang tukang kebun dan seorang guru di Sekolah Ujong Pasir. Biarpun salah seorang daripada mereka mempunyai masalah kesihatan, namun perkara itu tidak menghalang semangat kesukanannya. Pasukan mereka perlu bersaing dengan pasukan dari sekolah berprestij British, St James, untuk layak ke perlawanan "JG Davidson Cup".


Pasukan bola sepak Ujong Pasir menarik upih sebagai salah satu latihan kecergasan diri.


Pasukan itu tekun mendengar taklimat daripada jurulatih mereka.


Pak Sa'ad yang juga seorang tukang kebun, menjadi jurulatih kepada pasukan bola sepak itu.


Watak Cikgu Sulaiman dijayakan oleh pelakon terkenal tempatan, Pekin Ibrahim.


Pak Sa'ad mengambil berat terhadap anak muridnya seperti anaknya sendiri.


Pak Sa'ad dibantu oleh Cikgu Sulaiman dalam melatih pasukan bola sepak Ujong Pasir.


Guru besar Sekolah Ujong Pasir tidak bersetuju dengan Pak Sa'ad untuk pasukan
bola sepak sekolahnya berlawan dengan sekolah St James.


Watak Cikgu Rokiah dibawa oleh pelakon Syafnida Shuhaimi.


Dua orang ahli pasukan bola sepak menikmati makan tengah hari bersama
bapa mereka yang merupakan penoreh getah.


Pasukan bola sepak Ujong Pasir melihat pasukan lawan mereka berlatih bermain bola.


Pasukan itu turut berlatih bermain bola sepak di tepi pantai.


Jurulatih bersama pasukan bola sepak dari sekolah berprestij British, St James.


Cinema Online, 10 Ogos 2019