ENG | BM
Galeri
Tayangan "Birds Of Prey" CO dimeriahkan dengan Kapoww Entertainment

By Ashraf Nasser

Semalam telah berlangsungnya tayangan filem paling dinanti-nantikan "Birds Of Prey: And The Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn" oleh Cinema Online yang mana menyaksikan komuniti cosplayers popular dari Kapoww Entertainment turut dijemput untuk memeriahkan majlis tayangan itu. Majlis tayangan yang berlangsung di mmCineplexes eCurve, Mutiara Damansara ini diadakan secara eksklusif untuk jemputan pembaca Cinema Online yang terpilih sahaja. Walaupun majlis tayangan ini tertutup, namun pengunjung yang berada di pawagam berpeluang untuk bergambar dengan cosplayers kegemaran mereka. Antara cosplayers yang hadir mengenakan pelbagai kostum adiwira, termasuk Harley Quinn, Batman, Robin, Shazam, Katana, Joker dan banyak lagi. Jadi jom kita lihat foto-foto menarik dari tayangan filem "Birds Of Prey" semalam!


Antara cosplayers yang hadir bagi memeriahkan tayangan "Birds Of Prey".


Harley Quinn bersama 'ex-boyfriend' Joker!


Pengunjung cilik ini tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Catwoman dan Katana.


Batman dan Robin turut datang memberi 'sokongan' pada musuh mereka Harley Quinn untuk menonton "Birds Of Prey".


Pengunjung tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan adiwira kegemaran.


Lex Luthor, Joker, Cat Woman, Batman, Shazam, Green Lantern, Robin dan Superman 'wannabe'
bergambar sebelum keluar beramah mesra dengan pengunjung.


Lex Luthor dan Superman a.k.a Clark Kent lupakan persengketaan
mereka buat sementara waktu untuk tonton "Birds Of Prey".


Batman dan Superman datang tengok "Birds Of Prey" ke atau bergaduh?


Cosplayers masing-masing dengan gaya tersendiri.


Harley Quinn melayan permintaan pengunjung yang ingin bergambar dengannya.


Kesian abang kaunter tiket hampir dibelasah Harley Quinn dan Joker!


Inilah adiwira yang patut dicontohi! Beratur ketika beli tiket. Bukannya potong queue ya!


Popcorn dan air adalah snek wajib sebelum tonton wayang.


Duo Harley Quinn sentiasa ceria dan bertenaga apabila diminta bergambar!


Shazam fokus di skrin, manakala Robin dan Green Lantern cuba 'curi' popcorn!


Cinema Online, 7 Februari 2020

Pautan Berkaitan
The Ultimate Cosplayers meriahkan tayangan perdana "Spider-Man: Far From Home"
Kumpulan itu telah dijemput khas oleh pihak Cinema Online.
The Ultimate Cosplayers sertai Cinema Online untuk 'Hari Wayang' di pawagam
Kami bersama cosplayers beramai-ramai menonton filem terbaru Marvel.
Ulang tahun Cinema Online Ke-20: Tayangan "The Lego Movie 2: The Second Part"
Pembaca bertuah Cinema Online bukan sahaja dapat tonton awal, malah dapat bergambar dengan cosplayer!