ENG | BM
Galeri
John Cena jadi bomba dalam "Playing With Fire"

By Nisa Irina

Sebelum ini kita dihiburkan oleh bekas ahli gusti profesional Dwayne 'The Rock' Johnson menerusi filem "Tooth Fairy" dan aktor aksi terkenal Vin Diesel dalam filem "The Pacifier", di mana kedua-dua mereka diberi tanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak dalam filem-filem tersebut. Kali ini giliran bekas ahli gusti profesional John Cena pula untuk menggalas watak sebegitu dalam filem terbaru "Playing With Fire", yang menampilkan John sebagai seorang anggota bomba. Ia mengisahkan sekumpulan anggota bomba lasak, Jake 'Supe' Carson, Mark Rogers, Rodrigo Torres dan Axe, bercadang untuk menjaga sekumpulan adik-beradik, Brynn, Will dan Zoey, yang mereka selamatkan dari kebakaran.


Pasukan bomba elit berjaya memadamkan kebakaran hutan.


John Cena membawa watak Jake 'Supe' Carson, ketua pasukan bomba itu.


Ternyata menjaga tiga kanak-kanak itu satu cabaran buat Jake.


Zoey dan 'bulldog' milik Jake mula 'berkawan' baik.


Apa pula kerenah Will yang Jake perlu hadapi kali ini?


Brynn mula terbuka untuk bercerita kisah peribadi dengan Jake.


Biarpun berperwatakan garang, tetapi Axe masih berlembut dengan si kecil Zoey.


Mampukah Jake dengan rakan-rakan bombanya menjaga tiga kanak-kanak itu?


Dalam segala kacau bilau yang berlaku, mereka semua masih meluangkan masa untuk berseronok.

Cinema Online, 11 Januari 2020

Filem Berkaitan
Playing With Fire (09 Jan 2020)
Pautan Berkaitan
Chulbul Pandey kembali dengan aksi lebih hebat dalam "Dabangg 3"
Jom lihat foto-foto menarik filem aksi terbaru Salman Khan.
Rungkai misteri saka tidak bertuan dalam "Busut Bonang"
Jom lihat foto-foto di sebalik filem seram komedi lakonan Along Eyzendy ini.
Siapa bakal jadi mangsa seterusnya dalam "Lampor Keranda Terbang"?
Jom lihat foto-foto di sebalik filem seram dari negara Indonesia ini.
Nabila Huda tuntut bela demi 'anak' dalam "M4M4"
Jom lihat foto-foto di sebalik filem seram thriller arahan Eyra Rahman ini.
"Si Manis Jembatan Ancol" kembalikan 'urban legend' Indonesia
Jom lihat foto-foto di sebalik filem seram yang dibintangi Randy Pangalila ini.