ENG | BM
Galeri
Nabila Huda tuntut bela demi 'anak' dalam "M4M4"

By Nisa Irina

Jika sebelum ini genre seram menjadi pilihan syarikat produksi DA Motion Media Sdn Bhd untuk menerbitkan naskhah sulung mereka berjudul "Jodoh Syaitan", kali ini mereka berubah haluan ke genre seram thriller menerusi filem terbaru, "M4M4". Diarahkan oleh Eyra Rahman, filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Nabila Huda, Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Nizam Zaidi, Ku Hariz, Bella Dowanna, Eyra Razali dan Izzy Reef. "M4M4" berkisar mengenai seorang ibu bernama Aini yang ingin membalas dendam terhadap sekumpulan lelaki bermasalah yang telah memperkosa dan membunuh anak perempuannya, Alya, yang hanya berusia 15 tahun. Jadi sebelum anda ke pawagam untuk menonton filem ini pada 6 Februari ini, apa kata lihat dahulu foto-foto 'seram' filem "M4M4" ini dahulu!


Alya bersama dua rakan baiknya yang dikenali sejak kecil, Daniel dan Elly.


Kematian suaminya punca Aini perlu membesarkan Alya sebagai ibu tunggal.


Alya menyambut hari jadi bersama ibu dan bapanya sewaktu kecil.


Hati ibu mana yang tidak sayu melihat keadaan anaknya yang trauma?


Malang nasib Alya apabila dia diculik oleh sekumpulan lelaki bermasalah.


Apai, LUK dan Remy samseng yang sering mengganggu pelajar sekolah.


Mampukah Inspektor Azahari dan pasukannya menyelesaikan kes Aini?


Aini tidak mampu mengawal perasaan apabila berdepan depan mayat Alya.


Aini bersumpah akan menuntut bela atas kematian Alya!


Cinema Online, 14 Januari 2020

Filem Berkaitan
M4M4 (Malay) (06 Feb 2020)
Pautan Berkaitan
John Cena jadi bomba dalam "Playing With Fire"
Jom lihat foto-foto di sebalik filem komedi arahan Andy Fickman.
Chulbul Pandey kembali dengan aksi lebih hebat dalam "Dabangg 3"
Jom lihat foto-foto menarik filem aksi terbaru Salman Khan.
Rungkai misteri saka tidak bertuan dalam "Busut Bonang"
Jom lihat foto-foto di sebalik filem seram komedi lakonan Along Eyzendy ini.
"Si Manis Jembatan Ancol" kembalikan 'urban legend' Indonesia
Jom lihat foto-foto di sebalik filem seram yang dibintangi Randy Pangalila ini.