ENG | BM
Galeri
Mitos "Ratu Kala Jengking" diangkat ke layar perak

By Ashraf Nasser

Selepas hampir tiga tahun tidak muncul dengan sebarang filem, pengarah terkenal Bade Hj Azmi bakal kembali dengan filem seram romantik terbarunya berjudul "Ratu Kala Jengking". Filem yang diangkat dari kisah mitos tempatan ini berkisarkan mengenai seorang wanita dihina dan dipulaukan selepas satu penyakit misteri telah mengubah wajahnya menjadi hodoh. Dia kemudian telah pergi ke Gunung Panti untuk bertemu dengan Nenek Kebayan yang dikatakan mampu merawat segala penyakit. Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon popular seperti Nadia Brian, Eyra Hazali, Fauziah Nawi, Fizz Fairuz dan ramai lagi. "Ratu Kala Jengking" akan menemui penonton pada 27 Februari ini. Sebelum ke pawagam, jom lihat foto-foto menarik filem ini!


Nadia Brian membawa watak sebagai Siti a.k.a Ratu Kala Jengking sedang
mendapat solekan kesan khas oleh jurusolek.


Demi mengubati penyakit misterinya itu, dia telah pergi mencari Nenek Kebayan yang
dikatakan mampu menyembuhkan penyakitnya.


Penduduk kampung terutamanya kekasih Siti bertindak meninggalkan dan memulaukan wanita
itu selepas wajahnya bertukar menjadi hodoh.


Walaupun semua penduduk kampung memulaukannya, namun Siti bersyukur kerana Nadim
masih menerima dan menjadi tempat Siti meluahkan perasaannya.


Selepas bertemu dengan Nenek Kebayan, penyakit Siti sembuh dan mula menjadi kegilaan
ramai lelaki yang ingin berkahwin dengannya.


Siti tampak gembira pada hari perkahwinannya.


Walaupun berkahwin, namun Siti masih lagi berdepan masalah besar.


Seorang lelaki (Fizz Fairuz) terkejut apabila kala jengking cuba menyerang
pada malam pertamanya.


Pengarah Bade Hj Azmi melihat semula 'playback' selepas penggambaran satu babak selesai.


Cinema Online, 8 Februari 2020

Filem Berkaitan
Pautan Berkaitan
Nadia Brain bakal terajui filem "Ratu Kala Jengking"
Pelakon itu akan terbang ke Indonesia bagi jalani latihan untuk persiapan filem tersebut.
A Aida mahu pastikan filem "Ratu Kala Jengking" gempak!
Penerbit terkenal itu akan memastikan poster filem itu akan berkualiti tinggi.
"Takut Ke Tak" bakal buat penonton tak kering gusi
Jom saksikan foto-foto 'menakutkan' filem seram komedi terbaru arahan
Filem animasi Studio Ghibli di Netflix
Jom lihat senarai filem animasi produksi Jepun terkenal ini yang kini ditayangkan di Netflix.
A. Aida mahu angkat lebih banyak kisah lagenda selepas "Ratu Kala Jengking"
Penerbit itu mahu berbuat demikian kerana cerita rakyat kini semakin dilupai.