ENG | BM
Galeri
"Si Manis Jembatan Ancol" kembalikan 'urban legend' Indonesia

By Nisa Irina

Sebuah 'reboot' kepada filem yang sama judul pada tahun 1990-an. Filem arahan Anggy Umbara ini mengangkat kisah 'urban legend' negara jiran mengenai seorang wanita bernama Maryam yang tersepit dalam perkahwinan yang tidak bahagia bersama Roy. Dia mula berasa selesa berkawan rapat dengan Yudha, seorang pelukis yang baru dikenalinya. Namun persahabatan ini menyebabkan suaminya telah menuduhnya mempunyai hubungan sulit dan dia kemudiannya mati dalam keadaan tragis. Sejak kematiannya, kelibat roh Maryam, yang memakai selendang merah, mula muncul di tempat awam, menakutkan orang awam yang terserempak dengannya. Jangan ketinggalan untuk menonton "Si Manis Jembatan Ancol" di pawagam bermula 30 Januari ini!


Watak Roy dilakonkan oleh Arifin Putra.


Maryam menemui kebahagiaan selepas berkawan dengan pelukis bernama Yudha.


Rumah tangga Roy dan Maryam mula bergolak akibat hutang Roy.


Roh Maryam yang tak tenang mula menghantui penduduk kampung.


Roy dihimpit konflik akibat hutang yang semakin bertambah.


Apakah nasib Maryam selepas suaminya digertak untuk menjadikannya cagaran?


Kematian Maryam menimbulkan rasa rindu Yudha terhadap wanita itu.


Orang kampung mula dihantui kejadian menakutkan sejak Maryam mati dibunuh.


Apa anda akan buat jika terserempak kelibat roh Maryam?


Cinema Online, 25 Januari 2020

Filem Berkaitan
Pautan Berkaitan
Nabila Huda tuntut bela demi 'anak' dalam "M4M4"
Jom lihat foto-foto di sebalik filem seram thriller arahan Eyra Rahman ini.
John Cena jadi bomba dalam "Playing With Fire"
Jom lihat foto-foto di sebalik filem komedi arahan Andy Fickman.
Chulbul Pandey kembali dengan aksi lebih hebat dalam "Dabangg 3"
Jom lihat foto-foto menarik filem aksi terbaru Salman Khan.
"Takut Ke Tak" bakal buat penonton tak kering gusi
Jom saksikan foto-foto 'menakutkan' filem seram komedi terbaru arahan
Filem animasi Studio Ghibli di Netflix
Jom lihat senarai filem animasi produksi Jepun terkenal ini yang kini ditayangkan di Netflix.