ENG | BM
Galeri
Syaitan hanya berbisik dalam "Roh"

By Nisa Irina

Kuman Pictures dikenali sebagai syarikat produksi yang menghasilkan filem-filem berbajet rendah. Terbaru, mereka telah menerbitkan sebuah filem seram berjudul "Roh", arahan debut Emir Ezwan. Menurut Emir, dia mendapat inspirasi daripada filem klasik Jepun berjudul "Onibaba". Tahun lalu, "Roh" telah menerima tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Singapura dan Festival Filem Asia Jogja-NETPAC. Menariknya, filem ini hanya dibintangi enam pelakon iaitu Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq, Namron dan isteri June Lojong, serta Putri Syahadah Nurqaseh. "Roh" bakal menghantui penonton pada 19 Mac ini. Sebelum ke pawagam, jom lihat foto-foto menarik filem ini!


Apa makna bangkai rusa atas pokok yang ditemui Along dan Angah?


Kehadiran Adik dalam keluarga tiga beranak ini bakal membawa perkara buruk terhadap mereka.


Along demam panas selepas diganggu kejadian aneh yang menimpa keluarganya.


Mak cuba menenangkan anak-anaknya selepas Adik meramal perkara buruk.


Namron membawa watak Pemburu misteri yang datang mencari Adik.


Fikiran Along dan Angah bercelaru memikirkan apa yang bakal jadi kepada mereka.


Roh Adik kembali menghantui keluarga tiga beranak itu.


Hanya Tok tempat untuk Mak dan anak-anaknya meminta bantuan
atas gangguan yang dialami.


Ke manakah Angah cuba membawa Pemburu?


Mak berharap dia dapat menyembunyikan kejadian yang menimpa
Adik dari penduduk kampung sebelah.


Apa yang bakal jadi selepas Angah enggan dengar arahan Tok?


Mak selesa mempunyai teman berbual seperti Tok untuk menceritakan masalahnya.


Cinema Online, 14 Mac 2020

Filem Berkaitan
Roh (Malay) (Undated)
Pautan Berkaitan
Kuman Pictures bawa kelainan dalam filem "Roh"
Filem seram cereka ketiga Kuman Pictures itu merupakan arahan debut Emir Ezwan.
Mhia Farhana nekad sambung legasi bapa
Pelakon remaja itu tampil membintangi filem pertamanya berjudul "Roh".
Namron sentiasa terbuka untuk berlakon dengan isteri
Pelakon itu digandingkan dengan June Lojong dalam filem seram terbaru "Roh".
"Takut Ke Tak" bakal buat penonton tak kering gusi
Jom saksikan foto-foto 'menakutkan' filem seram komedi terbaru arahan
Filem animasi Studio Ghibli di Netflix
Jom lihat senarai filem animasi produksi Jepun terkenal ini yang kini ditayangkan di Netflix.