ENG | BM
Temubual
Penonton terpukau dengan watak Umie Aida dalam "Dukun"

Penulis: Dini Azri


Umie Aida ketika di tayangan perdana "Dukun" yang berlangsung di TGV Cinemas Suria KLCC baru-baru ini.

Selepas 12 tahun menunggu, penonton Malaysia akhirnya dapat juga menonton filem "Dukun" arahan Dain Said buat pertama kali selepas larangan terhadap filem itu telah diangkat, yang mana sebelum ini ia dijadualkan ditayangkan pada Disember 2007.

Ia berkisarkan tentang Karim, seorang bapa yang terdesak untuk mencari anak perempuannya yang hilang dengan bantuan OKT (Orang Kena Tuduh) yang mengamalkan ilmu hitam.

Ia dibintangi oleh Umie Aida, Faizal Hussein, Ramli Hassan, Hasnul Rahmat, Namron, Bront Palarae dan Elyana.

Ketika di majlis tayangan perdana "Dukun" berlangsung di TGV Cinemas Suria KLCC baru-baru ini, Cinema Online sempat menemubual salah seorang teraju utama iaitu Umie Aida bagi berkongsi pengalaman dalam menjayakan watak mencabar itu.


Umie Aida memakai kebaya merah dari filem "Dukun" yang popular.

Cinema Online: Apa perasaan anda selepas "Dukun" akhirnya ditayangkan selepas 12 tahun?

Umie Aida: Saya mengetahui mengenai filem ini akan ditayangkan pada 1 April; saya kata pada diri sendiri, "mengapa sekarang?" dan sejujurnya saya tidak tahu macam mana hendak beri reaksi mengenai berita ini, saya sangat teruja dan gembira ia akhirnya ditayangkan.

Bagaimana anda membuat persediaan untuk watak ini? Adakah anda merujuk kepada sesiapa untuk bawa watak sebagai Diana Dahlan?

[Ketawa] Saya tahu soalan anda itu dituju kepada saya, tetapi tidak. Sebaliknya saya cuba menghayati watak ini dengan duduk bersama ular sawa selama dua tahun untuk belajar cara dan pergerakkannya.


Anda mempunyai ular? Adakah ia ular sebenar?

Ya, ia ular sebenar! Saya belajar daripadanya, saya membela dan tinggal sehinggalah tidur bersamanya di katil untuk mendalami sikap ular. Kecantikan gerak ular itu membawa saya kepada watak Diana Dahlan dalam filem ini.


Barisan pelakon bersama pengarah "Dukun", Dain Said.

Adakah menjayakan "Dukun" adalah perkara paling sukar atau terdapat beberapa babak yang anda berasa sukar ketika itu?

Bagi saya babak di mana watak saya dirasuk merupakan paling sukar buat saya, dan ia sangat memenatkan dari segi fizikal kerana kami menghabiskan masa selama lapan jam untuk babak itu sahaja. Dengan penggambaran berlangsung di Penjara Pudu, mental dan rohani saya perlu kuat, apabila banyak cerita misteri mengenai penjara itu menjadi buah mulut ramai. Jadi saya perlu mengawal diri saya di tempat itu dan tidak sesuka hati menganggu apa-apa saja benda di sana.


Adakah perkara paranormal yang berlaku ketika berada di sana.

Ya, saya secara peribadi terkena gangguan. Ia berlaku di sel terakhir. Saya merenung di bilik dan menjerit "Apa perasaan banduan itu apabila mengetahui mereka akan mati pada keesokan hari?". Kejadian itu membuatkan saya tidak dapat mengawal diri saya selain panik. Saya cuba melawan dan saya bertuah benda itu pergi.


Adakah perkara itu berterusan selepas itu?

Saya berasa cukup bertuah bekerja dengan pengarah seperti Dain kerana sebelum kami meneruskan babak gantung, dia melihat terlebih dahulu bilik hukuman dan merasa sedikit tidak selesa dengan tempat itu. Dia ada bertanya kepada saya samada saya selesa melakukan babak itu di sana. Saya cakap okay, tapi sebenarnya tidak. Selepas Dain melihat saya gementar, jadi kami bertukar kepada bilik 'mock up'.


Cinema Online, 15 April 2018

Filem Berkaitan
Dukun (Malay) (05 Apr 2018)
Pautan Berkaitan
Umie Aida bawa watak bomoh dari "Dukun" ke "Jwanita"
Pelakon terkenal itu yang membawa watak sebagai bomoh akui membawa sedikit karakter bomoh seperti dalam filem "Dukun"
FINAS pandang serius isu filem "Dukun" bocor
Pihak FINAS akan mengambil inisiatif bersama beberapa badan bertindak bagi atasi masalah ini.
Dain Said: Tiada babak dipotong dalam "Dukun"
Pengarah dedahkan khabar angin mengatakan filem itu disunting semula hanyalah babitkan potongan audio.
"Dukun" cipta rekod baru, kutip RM6.2 juta lepas 4 hari tayangan!
Filem yang sudah terperam lebih sedekad masih lagi berjaya dapat sambutan hangat.
Umie Aida kecewa "Dukun" terus disebar di Internet
Pelakon utama filem itu kesal ada pihak tak bertanggungjawab cuba sabotaj filem itu.
"Dukun" bakal ditayangkan di Indonesia
Filem seram itu akan tembusi pasaran negara seberang selepas kejayaan di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Erma Fatima beri 'syarat' kepada Umie Aida yang mahu jadi pengarah
Pengarah tersohor itu kini sedang siapkan skrip drama yang akan diarahkan oleh adiknya.
Umie Aida maafkan Erra Fazira tapi tak akan berkawan semula
Kontroversi antara kedua-dua pelakon itu sudah diselesaikan secara baik.
Umie Aida terkejut dinobat Pelakon Wanita Terbaik FFM 30
Pelakon itu berjaya rangkul trofi itu buat kali kedua menerusi filem "Dukun".