ENG | BM
Buletin
Erra Fazira kurangkan aktiviti seni

Penulis: Ashraf Nasser


Erra Fazira kini bersikap selektif dalam memilih tawaran berlakon.

8 Okt – Pelakon Erra Fazira mengakui memperlahankan kerjaya seninya dan hanya akan menerima tawaran jika dirasakan perlu.

Erra bagaimanapun berkata dia masih lagi bersama program "Primadona" dan juga bakal terlibat dengan penggambaran drama "Rumi Dan Jawi" arahan Erma Fatima.

Pelakon "Longkai" ini juga berkata dia kini lebih selektif kerana mahu beri tumpuan kepada anaknya.

"Saya kini lebih selektif kerana perlu tumpukan perhatian terhadap anak yang semakin membesar. Memang ada tawaran daripada pelbagai produksi, tetapi terpaksa saya tolak kerana tidak kena dengan masa," katanya kepada Harian Metro.

Pada masa sama, pelakon berusia 41 tahun itu berkata dia tidak mahu menyusahkan pihak produksi yang perlu mengikut jadualnya sekaligus tidak adil untuk pelakon lain.

Tambah Erra lagi, dia juga akan terima tawaran berlakon sebagai watak pembantu yang tidak memerlukannya seharian suntuk di lokasi penggambaran.

Dalam perkembangan lain, Erra bakal menjayakan konsert Ku Mohon Tuhan Berikan Aku Cinta yang turut menampilkan penyanyi hebat lain seperti Anuar Zain, Akim & The Majistret, Opick, Raihan, Ebiet G Ade, Humood Al Khudeer dan Zain Bikha yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 31 Oktober ini.

(Sumber foto: Rotikaya)


Cinema Online, 8 Oktober 2015

Filem Berkaitan
Longkai (Malay) (10 Oct 2013)
Ngorat (Malay) (04 Oct 2012)
Hidden (20 Oct 2011)
Pautan Berkaitan
Erra Fazira divorced
Popular local singer and actress Erra Fazira and Engku Emran Engku Zainal Abidin are now legally divorced
Erra Fazira sangkal dakwaan bakal nikahi Shahir AF
Pelakon dan penyanyi itu berkata dia terkejut dengan dakwaan terbaru itu dan berkata ia tidak benar.
"Warna Cinta Impian" mahu kembalikan nostalgia penonton
Selain menampilkan Awie dan Erra Fazira, pengarah turut menyuntik elemen Bollywood
Erra Fazira nafi bakal berkahwin selepas Aidilfitri ini
Pelakon itu terkejut dengan gosip terbaru yang mendakwa dia bakal bernikah.
Erra Fazira akhirnya akui bercinta dengan Shahir
Pelakon itu berkata hubungan mereka masih diperingkat mengenal hati budi masing-masing.
Erra Fazira bakal kembali masuk ke set penggambaran
Selain berlakon, Erra juga bakal muncul dengan single terbaru tidak lama lagi.
Erra Fazira dan Awie kembali bergandingan dalam filem
Erra berkata dia bakal membuat kemunculan khas dalam filem "Hantu Kak Limah" lakonan Awie.
Erra Fazira utamakan keserasian berbanding mendapat watak utama
Berlakon sebagai watak utama bukanlah penting bagi kerjaya seni Erra ketika ini.
Erra Fazira bakal rilis lagu terbaru
Pelakon itu bakal muncul dengan lagu terbaru berjudul "Menangkah Cinta".