ENG | BM
Buletin
Erra Fazira bakal kembali masuk ke set penggambaran

Penulis: Ashraf Nasser


Erra Fazira akui masih lagi berkawan dengan Shahir AF8.

11 Apr – Pelakon dan penyanyi popular Erra Fazira bakal kembali masuk ke set penggambaran untuk sebuah telefilem sempena raya tidak lama lagi.

Selain berlakon, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek juga bakal masuk ke studio untuk merakam single terbarunya dalam masa terdekat.

"Saya mungkin masuk studio sebelum puasa dan lagu itu akan dipromosikan sekitar musim Aidilfitri nanti," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Pelakon "Soulmate Hingga Jannah" ini bagaimanpun, enggan mendedahkan lanjut mengenai butiran single tersebut kerana ia masih lagi di peringkat perbincangan.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai hubungannya dengan juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan, Shahir Zawawi, pelakon yang diberi jolokan Primadona Filem Melayu Alaf Baru ini mengakui masih lagi berkawan dengan jejaka itu.

Pelakon berusia 43 tahun itu berkata demikian selepas cerita mengenai hubungan mereka sejak akhir-akhir ini bagaikan senyap sahaja tanpa sebarang berita baru.

Erra sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali, namun kedua-duanya berakhir dengan perceraian.

Namun dalam perkahwinan keduanya, dia telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Engku Aleesya.

(Sumber foto: Erra Fazira Instagram)


Cinema Online, 11 April 2017

Filem Berkaitan
Pautan Berkaitan
Erra Fazira kurangkan aktiviti seni
Pelakon dan penyanyi itu kini lebih selesa memperlahankan aktiviti seninya.
Erra Fazira nafi bakal berkahwin selepas Aidilfitri ini
Pelakon itu terkejut dengan gosip terbaru yang mendakwa dia bakal bernikah.
Erra Fazira akhirnya akui bercinta dengan Shahir
Pelakon itu berkata hubungan mereka masih diperingkat mengenal hati budi masing-masing.
Erra Fazira teruja bakal bintangi "Polis Evo 2"
Pelakon itu akan kembali masuk ke set penggambaran filem selepas sambutan Aidilfitri.
Erra Fazira dan Awie kembali bergandingan dalam filem
Erra berkata dia bakal membuat kemunculan khas dalam filem "Hantu Kak Limah" lakonan Awie.
Erra Fazira utamakan keserasian berbanding mendapat watak utama
Berlakon sebagai watak utama bukanlah penting bagi kerjaya seni Erra ketika ini.
Erra Fazira bakal rilis lagu terbaru
Pelakon itu bakal muncul dengan lagu terbaru berjudul "Menangkah Cinta".