ENG | BM
Buletin
Erra Fazira teruja bakal bintangi "Polis Evo 2"

Penulis: Ashraf Nasser


Selain berlakon, Erra juga bakal muncul dengan single terbaru tidak lama lagi.

7 Jun – Pelakon Erra Fazira memberitahu bahawa dia teruja apabila bakal terlibat dengan penggambaran filem sekuel "Polis Evo 2" yang dijangka akan bermula selepas sambutan Aidilfitri ini.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek bagaimanapun, tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai watak yang bakal dijayakannya kelak.

Dalam pada itu, Erra turut mendedahkan dia pernah dihalang untuk berlakon dalam sebarang telefilem atau pun drama bersiri ketika zaman kegemilangannya pada tahun 90an.

Menurut pelakon yang diberi jolokan Primadona Filem Melayu Alaf Baru ini, dia hanya digalakkan untuk berlakon dalam filem sahaja sebagai langkah menjaga jenama dirinya dalam industri perfileman.

"Kalau diikutkan saya, tidak ada masalah berlakon drama atau pun filem, malah ada saja tawaran cuma dihalang daripada berbuat demikian.

"Bukannya apa, ketika itu ingin menjaga jenama saya sebagai pelakon filem," katanya yang dipetik dari mStar.

Kini pelakon berusia 43 tahun itu berkata dia sudah tidak mempunyai halangan dan sudah banyak menjayakan telefilem dan drama.

Manakala untuk filem pula, kini dia akan melihat terlebih dahulu naskhah tersebut dan watak yang diberikan sebelum bersetuju.

Sementara itu, selain berlakon Erra juga sedang dalam proses rakaman single terbaru yang diharap dapat dilancarkan dalam masa terdekat ini.

(Sumber foto: Erra Fazira Instagram)


Cinema Online, 7 Jun 2017

Filem Berkaitan
Pautan Berkaitan
Erra Fazira nafi bakal berkahwin selepas Aidilfitri ini
Pelakon itu terkejut dengan gosip terbaru yang mendakwa dia bakal bernikah.
Erra Fazira bakal kembali masuk ke set penggambaran
Selain berlakon, Erra juga bakal muncul dengan single terbaru tidak lama lagi.
Shahir sudah sedia kahwini Erra Fazira
Penyanyi itu akui hubungannya dengan Erra sudah berada dalam fasa serius.
Erra Fazira dan Awie kembali bergandingan dalam filem
Erra berkata dia bakal membuat kemunculan khas dalam filem "Hantu Kak Limah" lakonan Awie.
Erra Fazira utamakan keserasian berbanding mendapat watak utama
Berlakon sebagai watak utama bukanlah penting bagi kerjaya seni Erra ketika ini.
Erra Fazira bakal rilis lagu terbaru
Pelakon itu bakal muncul dengan lagu terbaru berjudul "Menangkah Cinta".
Erra Fazira rehat dari lakonan untuk tunai ibadah haji
Pelakon itu bakal terbang ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji.