ENG | BM
Buletin
Raja Ilya lebih selesa kunci mulut mengenai filem Marvel

Penulis: Ashraf Nasser


Raja Ilya berdiam diri kerana terikat dengan kontrak.

14 Feb – Pelakon Raja Ilya kembali menjadi bualan apabila ramai yang masih tertanya-tanya bilakah pelakon ini akan terbang ke Amerika Syarikat untuk menjalani penggambaran sebuah filem adiwira Hollywood terbitan Marvel.

Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad bagaimanapun tidak berasa terganggu langsung dengan pertanyaan tersebut sebaliknya memilih untuk berdiam diri dari terus berkongsi maklumat baru mengenai isu itu.

"Saya tidak mahu komen apa-apa. Mereka boleh lihat Instagram bila saya akan pergi ke sana. Lebih baik diam dan berkongsi dengan orang-orang yang akan memberikan sokongan dan saya saya.


"Golongan yang mengecam ini bukan mahu sokong pun, jadi tidak ada guna saya bercerita lebih banyak," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Dalam pada itu, pelakon "Soulmate Hingga Jannah" mengakui berasa terkilan dan tidak sangka apabila niat untuk berkongsi berita gembira mengundang rasa tidak senang segelintir pihak.

Ada di antara mereka yang cuba mempertikaikan projek tersebut dan menuduh pelakon itu menipu untuk mendapat publisiti.

Terdahulu, pelakon berusia 32 tahun itu mendedahkan dia menerima tawaran berlakon dalam filem Hollywood pertamanya, tetapi tidak dapat mendedahkan butiran lanjut berikutan terikat dengan kontrak.

(Sumber foto: Raja Ilya Instagram)


Cinema Online, 14 Februari 2018