ENG | BM
Buletin
Noorkhiriah luah alami nasib sama seperti Jalil Hamid

Penulis: Ashraf Nasser


Noorkhiriah akui penerbit kini lebih utamakan populariti berbanding bakat lakonan.

12 Okt – Pelakon Noorkhiriah tampil mendedahkan dirinya turut menerima nasib yang sama seperti pelakon veteran Jalil Hamid apabila mendapat bayaran sedikit walaupun sudah merangkul beberapa anugerah.

"Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, bertabahlah abang Jalil. Saya faham apa yang yang abang rasa namun saya tak kuat untuk luahkan semua. Saya sendiri ada la beberapa anugerah naum tetap terima nasib sama macam abang.

"Anugerah tak menjanjikan bulan bintang, gaji yang tinggi walaupun kerja pun. Andai kita dah tak diperlukan lagi, anugerah tu hanyalah sekadar bukti pada anak cucu kita yang kita pernah menang satu masa dulu," ujarnya yang dipetik dari mStar.

Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie berkata demikian selepas aktor Jalil Hamid tampil mendedahkan dia ditawarkan bayaran sebanyak RM1,500 sahaja untuk menjayakan watak utama untuk naskhah terbitan sebuah rumah produksi tempatan.

Dalam pada itu, pelakon "Kamar Seksa" ini turut berkata industri seni ketika ini hanya akan memberi bayaran lumayan kepada artis muda yang mempunyai kontroversi yang banyak.

Malah lebih mengecewakan penerbit kini lebih utamakan populariti seseorang artis itu berbanding bakat lakonan.

(Sumber foto: Noorkhiriah Instagram)


Cinema Online, 12 Oktober 2018