ENG | BM
Buletin
Wakil Lee Joon nafi pelakon itu cuba bunuh diri

Penulis: Ashraf Nasser


Golden Screen Cinemas Dataran Pahlawan turns 4!

14 Feb – Pelakon dan penyanyi popular Lee Joon telah menggemparkan dunia hiburan Korea apabila dia yang kini sedang menjalani latihan khidmat ketenteraan di kem latihan dikatakan cuba membunuh diri.

Dipetik dari Soompi, pelakon itu dilaporkan telah bertemu dengan seorang pegawai atasan dan menunjukkan kepada mereka pergelangan tangannya serta memberitahu yang dia cuba membunuh diri.

Susulan itu, bekas anggota kumpulan Mblaq ini telah dibawa ke program Green Camp tentera yang mana ia sebuah program pendidikan untuk tentera yang mengalami masa yang sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan tentera.

Disebalik kekecohan tersebut, pihak agensi Lee Joon, Prain TPC dalam satu kenyataan rasmi telah menafikan laporan yang mendakwa pelakon itu cuba membunuh diri.

"Laporan bahawa Lee Joon memberitahu pegawai atasan tentera bahawa dia cuba membunuh diri serta menunjukkan pergelangan tangannya atau menjalani program Green Camp sebenarnya palsu.

"Kami telah sahkan perkara itu dengan keluarga Lee Joon. Keluarga Lee Joon juga terkejut dengan laporan awal itu dan kami meminta agar media tidak memperbesarkan perkara ini lagi demi menghormati Lee Joon dan keluarganya."

Terdahulu, Lee Joon telah mula menjalani latihan ketenteraan pada Oktober 2017 dan ditugaskan ke Batalion ke-8 dengan mendapat pujian kecemerlangan dari program latihan asas ketenteraan.

Pelakon berusia 30 tahun itu dijangka akan menamatkan perkhidmatannya pada 23 Julai 2019.

(Sumber foto: Soompi)


Cinema Online, 14 Februari 2018