ENG | BM
Buletin
Nabila Huda terkejut dinobat Pelakon Wanita Terbaik Drama di ASK 2019

Penulis: Ashraf Nasser

Nabila Huda akui lebih mudah bawa watak berat berbanding watak komedi.
Nabila Huda akui lebih mudah bawa watak berat berbanding watak komedi.

4 Nov – Pelakon popular Nabila Huda mengakui dia berasa terkejut apabila namanya dinobat sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama pada malam kemuncak Anugerah Skrin (ASK) 2019 yang berlangsung baru-baru ini.

Kejayaan itu dirangkul menerusi drama lakonannya berjudul "Dia Tidak Berdosa" yang memberi impak besar kepada penonton.

"Ini antara anugerah yang saya nanti-nantikan kerana bakat kami sebagai pelakon dinilai oleh juri profesional dan bukannya menerusi undian peminat.

"Rasa terharu dan sangat gembira atas anugerah diterima dan ini anugerah ketiga saya terima pada Anugerah Skrin," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Dalam pada itu, Nabila yang sinonim dengan watak-watak berat mengakui dirinya sejak dahulu lagi meminat watak-watak berat seperti yang dilakonkannya dalam "Dia Tidak Berdosa".

Malah pelakon "Munafik" ini berkata berikutan dia sudah terlalu biasa menjayakan watak berat, watak seperti itu mudah untuk dijayakan tetapi menjadi sukar apabila dia perlu jayakan watak ringan atau komedi pula.

Selain Nabila, drama terbitan RTM itu juga berjaya merangkul empat anugerah lain iaitu Pengarah Terbaik Drama, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama, Lakon TV Terbaik dan Penyunting Drama Terbaik.

(Sumber foto: Nabila Huda Instagram)


Cinema Online, 4 November 2019

Filem Berkaitan
Pautan Berkaitan
Nabila Huda teruja dapat terlibat dengan "Folklore: Toyol"
Pelakon itu gembira apabila wajahnya akan ditayangkan di siaran HBO yang akan ditonton di seluruh Asia.
Nabila Huda tiada masalah berlakon filem "Wangi"
Pelakon itu mengakui tidak berdepan sebarang cabaran sepanjang berlakon filem tersebut.
Nabila Huda sanggup turunkan berat badan demi watak Dumilah
Pelakon itu berbuat demikian demi menjayakan teater "OlaBola The Musical" musim kedua.
Filem "M4M4" papar realiti mangsa jenayah rogol
Diarahkan oleh Eyra Rahman, filem thriller seram itu diterajui oleh Nabila Huda dan Bella Dowanna.
"M4M4" buat Nabila Huda lebih berjaga-jaga
Filem thriller seram arahan Eyra Rahman itu menggandingkan Nabila dan Bella Dowanna.