ENG | BM
Buletin
Abon kecewa dipinggirkan dari industri seni

Penulis: Ashraf Nasser


Abon kesal dengan sikap generasi baru yang lebih utamakan pelakon baru berbanding pelakon veteran.

30 Sep – Pelakon dan pelawak veteran Abon atau nama sebenarnya Sharizan Ahmad meluahkan rasa kecewanya apabila dia dipinggirkan dari industri seni tanah air sejak lima tahun lalu.

Menurut Abon, dia sudah lagi tidak menerima sebarang undangan rancangan TV termasuk program hiburan anjuran pihak media.

"Ada mereka jemput? Tak ada kad undangan langsung. Ia seolah-oleh penggiat seni senior sudah tiada lagi dalam industri. Barangkali, zaman kami sudah berakhir meskipun kami sebahagian daripada industri hiburan tanah air.

"Kami lahir dalam hiburan juga, dalam masyarakat seni. Jadi jangan cerita hanya rancangan TV tetapi program dianjurkan pihak media juga kami menyepi.

"Dalam hal ini, tak tahulah sama ada terlupa, terabai atau dilupakan," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Tambah pelakon berusia 59 tahun itu lagi, dia masih lagi aktif dengan aktiviti seni dengan membuat persembahan.

Sebelum ini Abon pernah memenanangi rancangan realiti "Maharaja Lawak" pada tahun 2011 bersama Allahyarham pelawak terkenal Os.

(Sumber foto: HMetro)


Cinema Online, 30 September 2019