ENG | BM
Buletin
Adat budaya lampau kaum Melanau bakal difilemkan

Penulis: Ashraf Nasser


Filem mengenai sejarah Melanau ini ambil masa lama untuk dihasilkan.

3 Sep – Penerbit-penerbit filem tempatan kini lebih berhati-hati dalam memilih naskhah untuk diterbitkan, namun berbeza pula dengan dua penerbit wanita Datuk Nancy Foo dan Datin Wendy Wong yang berani untuk menerbitkan sebuah filem yang berkisarkan mengenai adat budaya lampau kaum Melanau di Sarawak yang diberi judul "Sumpahan Jerunei".

"Filem ini ambil masa empat tahun sebelum memulakan penggambaran. Selepas dua tahun kajian, saya merasakan subjek tentang sejarah silam kaum Melanau yang penuh misteri terutama berkaitan dengan ada pengebumian golongan bangsawan Melanau dengan jerunei sangat unik untuk diangkat dalam filem. Untuk menjadikan karya itu memenuhi trend semasa, kami terapkan nilai seni budaya dengan genre seram," ujar Nancy yang dipetik dari Kosmo!

Dalam pada itu, Wendy juga berkata selain mengambil masa dua tahun untuk membuat kajian mengenai subjek yang ingin diketengahkan, pihaknya juga mengambil serius mengenai soal pemilihan pelakon yang mana ia mengambil masa setahun untuk dapatkan kesemua barisan pelakon termasuk teraju utama.

"Selain kekuatan jalan cerita, kami juga pilih pelakon dan pengarah yang dirasakan boleh menyakinkan penonton. Untuk imej janaan komputer (CGI), seorang pakar CGI yang pernah bekerja dalam puluhan filem blockbuster Hollywood seperti "Harry Potter" turut diambil untuk menyempurnakan "Sumpahan Jerunei"," katanya.

Filem terbitan Produksi Seni 2020 ini akan diarahan oleh Jason Chong dan dibintangi oleh barisan pelakon hebat tanah air seperti Bront Palarae, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Tony Eusoff, Uqasha Senrose, Yuyun Hikmah, Daiyan Trisha serta Ruminah Sidek.

(Sumber foto: Dayak Daily)


Cinema Online, 3 September 2019