ENG | BM
Buletin
Akshay Kumar bakal buat debut dalam video muzik "Fillhal"

Penulis: Nisa Irina

Akshay Kumar teruja dapat bekerjasama dengan B Praak buat kali kedua.
Akshay Kumar teruja dapat bekerjasama dengan B Praak buat kali kedua.

6 Nov– Bukan sahaja berbakat dalam menjayakan filem, malah bintang terkenal Akshay Kumar kini mengembangkan bakatnya apabila tampil membuat debut dalam sebuah video muzik tidak lama lagi.

Sehubungan dengan itu, Akshay bakal bergabung tenaga buat kali kedua dengan penyanyi Punjabi, B Praak, dalam video muzik berjudul "Fillhal" tersebut.

Sebelumnya, B Praak pernah menyanyikan runut bunyi filem sejarah "Kesari" yang diterajui Akshay berjudul "Teri Mitti".

"Berpengalaman mendengar suara lunak B Praak buat pertama kali menerusi "Teri Mitti" dalam filem saya, "Kesari", membuatkan saya tidak ragu-ragu untuk bekerja dengannya bagi "Fillhal".

"Lirik yang dihasilkan juga sangat indah. Gabungan suara dan lirik yang mantap ini membuatkan saya teruja untuk membuat debut bagi video muzik saya," kata Akshay yang dipetik dari News18.

Menurut Akshay lagi, dia turut menemui penulis lirik, Jaani, yang memberitahu lagu balada itu merupakan karya terbaik yang pernah dia hasilkan.

Selain Akshay dan B Praak, video muzik itu akan turut menampilkan Ammy Virk dan adik kepada aktres Kriti Sanon iaitu Nupur Sanon.

Beralih ke perkembangan lain, Akshay kini mempunyai beberapa filem terbaru dalam genggamannya seperti "Good Newwz", "Sooryavanshi", "Laxmmi Bomb" dan "Bachchan Pandey".

(Sumber foto: Times of India)

(Sumber artikel: News18)


Cinema Online, 6 November 2019

Pautan Berkaitan
Shah Rukh Khan bakal buat 'cameo' dalam "Brahmastra"
Bintang terkenal itu akan menjalani penggambaran filem pada hujung tahun ini.
Filem Saif Ali Khan "Jawaani Jaaneman" ditunda ke tahun 2020
Aktor itu juga bakal terlibat dengan penggambaran video lagu promosi filem tersebut.
Kriti Sanon mula penggambaran filem baru "Mimi"
Aktres itu teruja dapat merasai pengalaman berlakon sebagai seorang ibu tumpang.
Radhika Apte dedah terima panggilan uji bakat untuk dua filem Hollywood
Aktres itu dapat panggilan uji bakat untuk filem "James Bond" & "Star Wars".
Pembikin filem "Bala" & "Ujda Chaman" henti berbalah soal tarikh tayangan
Mereka membuat keputusan untuk mengubah tarikh rilis filem masing-masing
Ajay Devgn rancang terbit biopik Ramsay Brothers
Pelakon itu sedang menerbitkan filem itu dengan kerjasama Priti Sinha dan Ritesh Shah.
John Abraham hadapi kekangan terbit filem mengetengahkan wanita
Aktor itu sedang menghasilkan dua buah siri web yang diinspirasi dari novel.
Bhumi Pednekar tak kisah lakonannya dikritik
Aktres itu berkata orang ramai boleh kritik persembahannya tetapi bukan pilihan wataknya.