ENG | BM
Buletin
Alia Bhatt mahu lebar sayap seninya ke Hollywood?

Penulis: Nisa Irina

Alia Bhatt sedang mencari ejen selebriti antarabangsa di Hollywood.
Alia Bhatt sedang mencari ejen selebriti antarabangsa di Hollywood.

7 Nov– Aktres Alia Bhatt dilaporkan ingin melebarkan sayap karier seninya di Hollywood sepertimana yang dilakukan oleh bintang Bollywood lain iaitu Priyanka Chopra Jonas, Deepika Padukone dan Aishwarya Rai Bachchan.

"Berkemungkinan Alia akan memasuki industri Hollywood tidak lama lagi. Buat masa ini dia masih tidak mendedahkan sebarang butiran, walaupun dia kerap dilihat di Beverly Hill, Los Angeles, menerusi media sosial.

"Walaupun dia sedang bercuti bersama rakan baiknya Akansha Ranjan Kapoor, nampaknya Alia juga sedang mencari seorang ejen selebriti antarabangsa di sana.

"Aishwarya dan Bipasha mempunyai seorang ejen bernama Simon Sheffield, sementara Priyanka mengambil Anjula Acharia sebagai ejennya yang berpangkalan di Los Angeles," dedah satu sumber terdekat menerusi Eastern Eye.

Tambah sumber itu lagi, Alia bercadang untuk mengimbangkan kariernya di Bollywood dan Hollywood memandangkan aktres itu masih muda dan peluangnya masih luas.

Seperti Priyanka, Alia juga berbakat dalam bidang nyanyian, sekaligus membuatkan dia mudah untuk mencari peluang baru dalam bidang tersebut.

Dalam perkembangan lain, Alia akan menjalani penggambaran bagi filem "Gangubai Kathiawadi" terbitan Sanjay Leela Bhansali dalam beberapa bulan lagi.

Menerusi filem itu, Alia akan digandingkan dengan aktor Ajay Devgn buat kali kedua. Ia dijangka akan dirilis pada Aidilfitri tahun hadapan.

(Sumber foto: Femina)

(Sumber artikel: Eastern Eye)


Cinema Online, 7 November 2019

Pautan Berkaitan
Tayangan "Bhangra Paa Le" dibatalkan di pawagam
Penerbit filem buat keputusan untuk menayangkan filem itu di portal penstriman video terkenal.
Disha Patani disahkan buat penampilan dalam filem "Radhe"
Aktres itu turut berasa teruja kerana berpeluang untuk bekerja dengan Salman Khan.
Amitabh Bachchan terpaksa berehat seketika demi kesihatannya
Bintang veteran itu turut membatalkan penampilannya di sebuah pesta buku.
Sidharth Malhotra impi tubuhkan syarikat produksi sendiri
Aktor itu bercadang untuk menerbitkan serta berlakon dalam francais filem adiwira.
Arshad Warsi idam watak berat pula
Aktor itu mengakui dia tidak ditawarkan projek yang berlainan dari komedi.
Rakul Preet Singh mahu dilihat sebagai aktor versatil
Aktres itu akan terus bereksperimentasi dalam memilih watak bagi projek filem.
Penggambaran "Dostana 2" ditunda gara-gara jerebu teruk
Filem yang menjalani di Delhi terpaksa ditunda berikutan jerebu teruk yang melanda bandar itu.