ENG | BM
Buletin
Alvin Chong teruja wakili Malaysia ke Korea Selatan

Penulis: Ashraf Nasser

Alvin Chong akui seorang peminat tegar kumpulan K-Pop.
Alvin Chong akui seorang peminat tegar kumpulan K-Pop.

1 Okt – Pelakon dan penyanyi Alvin Chong teruja apabila dijemput untuk mewakili Malaysia beraksi di acara 2019 Asia Song Festival di Ulsan, Korea Selatan pada 11 dan 12 Oktober ini.

Pembabitan Alvin ini adalah artis keempat dari Malaysia selepas Rynn Akim (2008), Michael Wong (2010) dan Asmidar (2017).

"Ia satu penghormatan besar buat saya apabila dijemput membuat persembahan di Asia Song Festival. Saya sudah lama mengimpikan beraksi di pentas itu selepas tahu mengenainya beberapa tahun lalu. Bagaimanapun, sukar untuk dapat peluang itu sebelum ini," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Tambah pelakon "Huat The Fish" itu lagi, dia yang juga merupakan peminat tegar K-Pop mengakui tidak sabar untuk berkongsi pentas dengan artis dari Korea.

Antara kumpulan yang menjadi pengaruh terbesarnya adalah Big Bang, 2NE1, EXO, BLACKPINK dan NU'EST.

"Corak persembahan mereka sangat mengagumkan dan setiasa mencetuskan inspirasi untuk dijadikan rujukan persembahan saya nanti. Terus-terang, saya masih tidak percaya dapat peluang beraksi di acara itu."

Sementara itu, selain Alvin antara artis tersohor Asia lain yang turut terlibat dengan acara itu termasuk WINNER dan Eric Nam dari Korea Selatan, VCT (Vietnam), Jannine Weigel (Thailand), BRWN (Filipina) dan Dami Im (Australia).

Nama Alvin mula menjadi perhatian peminat Melayu selepas membintangi beberapa drama Melayu popular seperti "Dia Semanis Honey", "Suri Hati Mr Pilot" dan "Mak Cun".

(Sumber foto: Alvin Chong Instagram)


Cinema Online, 1 Oktober 2019