ENG | BM
Buletin
Amitabh Bachchan disahkan hidap penyakit sirosis hati

Penulis: Nisa Irina

Amitabh Bachchan akui hanya 25 peratus hatinya yang masih berfungsi.
Amitabh Bachchan akui hanya 25 peratus hatinya yang masih berfungsi.

22 Okt – Bintang veteran Bollywood Amitabh Bachchan kini sedang menjalani rawatan di hospital selepas disahkan menghidap penyakit sirosis hati sejak Selasa.

Seperti yang dilaporkan menerusi Firstpost, sumber dari Hospital Nanavati yang terletak di Mumbai memberitahu Bachchan sering datang ke sana untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

Buat pengetahuan lanjut, Bachchan pernah menghidap penyakit tuberkulosis, yang juga dikenali sebagai TB ketika menjalani rawatan akibat kemalangan yang berlaku pada 1982 ketika penggambaran filem "Coolie".

Sehubungan dengan perkara itu, sebanyak 75 peratus daripada hatinya tidak berfungsi akibat sirosis. Dia juga menghidap penyakit Hepatitis B selepas menjalani transfusi darah daripada seorang penderma yang menghidap penyakit tersebut.

Setakat ini, hanya keluarga Bachchan yang datang melawatnya di hospital berkenaan memandangkan rakan-rakan selebriti yang lain tidak mengetahui tentang perkara tersebut.

Walau bagaimanapun, sumber turut memberitahu bahawa keadaannya semakin beransur pulih dan akan dibenarkan keluar dari wad secepat mungkin.

Dalam perkembangan lakonan, Amitabh bakal membintangi beberapa buah projek filem seperti "Jhund", "AB Aani CD", "Brahmastra", "Chehre" dan "Gulabo Sitabo".

(Sumber foto: Times of India)
(Sumber artikel: Firstpost)


Cinema Online, 22 Oktober 2019

Pautan Berkaitan
Mouni Roy tak sasar kutipan pecah panggung
Aktres itu tampil membintangi filem komedi terbaru berjudul "Made In China".
Kangana Ranaut bakal bergelar penerbit filem
Aktres itu akan menubuhkan syarikat produksi sendiri pada tahun hadapan.
Nushrat Bharucha bosan galas watak sama
Aktres itu tampil membintangi filem komedi terbaru berjudul "Made In China".
Kiara Advani kongsi persiapan bagi filem "Indoo Ki Jawani"
Aktres itu kini sedang sibuk menjalani penggambaran bagi filem tersebut di Lucknow.
Farhan Akhtar kembali jalani penggambaran "Toofan"
Filem aksi terbaru ini menyaksikan Farhan kembali bekerjasama dengan Rakeysh Omprakash Mehra.
Salman Khan nafi "Radhe" adalah sekuel "Wanted"
Bintang terkenal itu tampil menjawab spekulasi mengenai filem "Radhe" yang hangat diperkatakan ramai.
Kriti Sanon bakal bintangi "Satte Pe Satta"?
Pelakon itu dikhabarkan bakal bintangi 'remake' filem "Satte Pe Satta" pada tahun 1992.