ENG | BM
Buletin
Amitabh Bachchan terpaksa berehat seketika demi kesihatannya

Penulis: Nisa Irina

Amitabh Bachchan kesal tidak dapat bertemu dengan para peminatnya.
Amitabh Bachchan kesal tidak dapat bertemu dengan para peminatnya.

5 Nov– Selepas disahkan menghidap penyakit sirosis hati baru-baru ini, tahap kondisi kesihatan bintang veteran Amitabh Bachchan dilaporkan semakin membimbangkan.

Lantaran itu, doktor telah menasihati supaya Bachchan perlu berehat buat seketika memandangkan dia dilihat sibuk dengan pelbagai projek filem sebelum ini.

Menurut laporan dari Bollywood Hungama, pada 30 Oktober, Bachchan turut membatalkan penampilannya ke Pesta Buku Antarabangsa Sharjah, menyebabkan kekecewaan para peminatnya dari Timur Tengah.

Pihak pengurusan pesta buku itu telah mengeluarkan kenyataan umum bahawa Bachchan tidak dapat hadir ke acara berkenaan kerana tahap kesihatan menghalangnya untuk terbang ke luar negara.

"Pembatalan itu tidak dapat dielakkan. Dia sudah bekerja keras selama beberapa tahun lepas walaupun doktor telah memberi amaran.

"Kini dia telah diberi amaran terakhir. Jika dia terus memaksa diri untuk bekerja, berkemungkinan tahap kesihatannya akan bertambah parah. Buat masa ini dia akan berehat seketika," dedah satu sumber terdekat.

Dalam pada itu, Bachchan sempat memohon maaf kepada para peminatnya atas kesulitan yang berlaku serta meluahkan rasa kesal kerana tidak berpeluang untuk bertemu dengan mereka.

(Sumber foto: Khaleej Times)

(Sumber artikel: Bollywood Hungama)


Cinema Online, 5 November 2019

Pautan Berkaitan
Tiger Shroff bakal tubuhkan gim MMA kedua
Perkara itu akan direalisasikan bersama adiknya Krishna Shroff.
Sunny Leone ulas isu plagiarisme karya seni
Aktres itu dituduh menciplak hasil karya lukisan untuk dijual bagi mengumpul dana program amal.
Parineeti Chopra teruja untuk melawat kediaman Saina Nehwal
Aktres itu ingin mendalami kehidupan atlet tersebut sebagai persiapan filem biopiknya.
Arjun Kapoor dan Rakul Preet Singh jadi kekasih dalam filem baru
Filem itu menandakan debut pengarahan bagi Kaashvie Nair.
Alia Bhatt mahu lebar sayap seninya ke Hollywood?
Aktres itu akan menjalani penggambaran filem barunya pada pertengahan bulan November.
Parineeti Chopra tinggal di kompleks sukan 15 hari untuk "Saina"
Aktres itu memperlihatkan komitmen tingginya untuk menjayakan filem biopik terbarunya.