ENG | BM
Buletin
Amyra Rosli rehat berlakon buat sementara

Penulis: Nisa Irina

Amyra Rosli enggan buat kenyataan mengenai imej barunya.
Amyra Rosli enggan buat kenyataan mengenai imej barunya.

31 Okt – Pelakon Amyra Rosli memberitahu dia sedang berehat daripada melibatkan diri dari sebarang penggambaran projek drama memandangkan usia kandungannya kini mencecah tujuh bulan.

"Berat badan saya bertambah daripada 42 kepada 47 kilogram sepanjang kehamilan. Saya dilarang oleh suami untuk bekerja, sebaliknya diminta berehat daripada menjalani penggambaran, buat masa ini.

"Namun, saya masih menerima undangan ke majlis bertemu peminat bagi mempromosikan drama terbaru," katanya yang dipetik dari laporan BH Online.

Dalam pada itu, Amyra turut mengejutkan para peminatnya apabila dia tampil dengan imej bertudung selepas pulang dari mengerjakan umrah bersama suami, Amar Baharin, dan anak mereka, Aqeef Anaqi.

Namun begitu, pelakon drama "Nur" itu enggan membuat sebarang kenyataan mengenai penampilan barunya kerana bimbang ia akan menimbulkan kekeliruan memandangkan dia masih terikat dengan komitmen kerja.

Amyra dilihat bertudung ketika menghadiri program bual bicara hiburan MeleTOP bersama Amar dan pelakon Emma Maembong bagi mempromosikan drama bersiri terbaru mereka berjudul "Cemburu Seorang Perempuan".

Drama adaptasi novel karya Siti Hazneza Abdul Hamid itu turut dibintangi barisan pelakon lain seperti Emma Maembong, Nazrief Nazri, Lisdawati, Fauzi Nawawi dan Dini Schatzmann.

(Sumber foto: Amyra Rosli Instagram)


Cinema Online, 31 Oktober 2019