ENG | BM
Buletin
Ananya Panday teruja berpeluang keluar dari zon selesa

Penulis: Nisa Irina

Ananya Panday seronok dapat lari dari watak gadis yang terlibat dengan cinta tiga segi.
Ananya Panday seronok dapat lari dari watak gadis yang terlibat dengan cinta tiga segi.

28 Sep – Aktres Ananya Panday memberitahu wataknya dalam filem thriller romantik terbaru, "Khaali Peeli", adalah sesuatu yang baru dan tidak pernah dibawanya dalam filem-filem sebelum ini.

Menerusi filem debutnya "Student Of The Year 2" dan "Pati Patni Aur Woh", Ananya hanya diberikan watak gadis yang terlibat dengan cinta tiga segi.

"Watak saya dalam filem ini membolehkan saya keluar dari zon selesa kerana ia berbeza dengan keperibadian saya yang sebenar. Ia sangat menarik kerana saya dapat mempelajari dialek dan ton suara selain penampilan baru.

"Saya terpaksa membahagikan masa antara penggambaran "Pati Patni Aur Woh" dan bengkel latihan "Khaali Peeli". Saya dan Ishaan banyak meluangkan masa bersama untuk membaca skrip dan ia membantu buat saya lebih selesa," katanya.

Menurut laporan dari Mumbai Mirror, Ananya turut membawa skrip filem ke set penggambaran "Pati Patni Aur Woh" di Lucknow untuk berlatih jika ada masa terluang.

Bercakap mengenai gandingnya dengan Ishaan Khatter buat pertama kali, Ananya membuat pengakuan bahawa sudah lama dia berkeinginan untuk bekerjasama dengan aktor tersebut sejak dia menonton filem "Beyond The Clouds".

"Ishaan adalah seorang aktor yang sangat berbakat dan saya harap semangatnya dapat membantu menaikkan pencapaian saya juga. Kami berdua masih muda dan ia satu pengalaman yang seronok mempunyai semangat belia di set penggambaran," katanya.

"Khaali Peeli" diarahkan oleh Maqbool Khan dan diterbitkan oleh pembikin filem terkenal, Ali Abbas Zafar di bawah syarikat produksi Zee Studios. Ia bakal ditayangkan pada 12 Jun 2020.

(Sumber foto: Melodi Fuse)
(Sumber artikel: Mumbai Mirror)


Cinema Online, 28 September 2019