ENG | BM
Buletin
Radhika Apte bakal arah filem sulungnya "Sleepwalkers"

Penulis: Ashraf Nasser

Radhika Apte juga bakal muncul dengan filem terbarunya tidak lama lagi.
Radhika Apte juga bakal muncul dengan filem terbarunya tidak lama lagi.

28 Oct – Aktres popular Radhika Apte kini mula melebarkan sayap kerjaya seninya apabila dia bakal membuat debut sebagai pengarah untuk sebuah filem pendek yang diberi judul "Sleepwalkers" tidak lama lagi.

Menurut laporan dari Bollywood Hungama, filem pendek berdurasi 30 minit itu akan dibintangi oleh Gulshan Deviah dan Shahana Goswami sebagai peneraju.

Baru-baru ini dalam satu temubual bersama Radhika, dia mendedahkan dia menulis skrip filem pendek itu, sementara Honey Trehan dan Abhishek ambil keputusan untuk menerbitkan naskhah itu di bawah produksi MacGuffin Pictures.

Filem pendek "Sleepwalkers" berkisarkan mengenai krisis yang memerlukan tindakan segera perlu diambil bagi mengelak bencana alam terus berlaku.

Terdahulu, kali terakhir Radhika membintangi filem sebagai peneraju adalah menerusi filem Saif Ali Khan berjudul "Baazaar".

Terbaru dia bakal muncul dalam filem arahan Pia Sukanya berjudul "Bombairiya".

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: Times of India)


Cinema Online, 28 Oktober 2019

Pautan Berkaitan
Pooja Hegde dedah sebab mengapa bersikap selektif
Aktres itu memilih untuk membintangi filem komedi "Housefull 4".
Priyanka dan Parineeti Chopra alih suara "Frozen 2" Hindi
Kedua-dua aktres itu akhirnya berpeluang untuk bekerjasama dalam projek filem.
Dia Mirza teruja dapat kembali bekerja dengan Anubhav Sinha
Aktres itu pernah membintangi dua buah filem yang diarahkan oleh pengarah tersebut.
Priyanka Chopra lebih selesa berlakon filem yang mencabar
Aktres itu turut mendedahkan dia bakal terlibat dengan tujuh buah projek baru tahun hadapan.
Nawazuddin Siddiqui ingin hentikan stereotaip hero romantik
Aktor itu ingin memfokuskan lakonannya terhadap genre komedi romantik.
Parineeti Chopra teruja untuk melawat kediaman Saina Nehwal
Aktres itu ingin mendalami kehidupan atlet tersebut sebagai persiapan filem biopiknya.
Sunny Leone ulas isu plagiarisme karya seni
Aktres itu dituduh menciplak hasil karya lukisan untuk dijual bagi mengumpul dana program amal.
Tiger Shroff bakal tubuhkan gim MMA kedua
Perkara itu akan direalisasikan bersama adiknya Krishna Shroff.
Kriti Sanon mula penggambaran filem baru "Mimi"
Aktres itu teruja dapat merasai pengalaman berlakon sebagai seorang ibu tumpang.