ENG | BM
Buletin
Arjun Kapoor dan Rakul Preet Singh jadi kekasih dalam filem baru

Penulis: Nisa Irina

Arjun Kapoor dan Rakul Preet Singh bakal disatukan dalam filem buat pertama kali.
Arjun Kapoor dan Rakul Preet Singh bakal disatukan dalam filem buat pertama kali.

7 Nov– Penerbit Bhushan Kumar, Nikkhil Advani dan John Abraham akan bekerjasama buat kali keempat bagi menerbitkan sebuah filem bertemakan drama komedi kekeluargaan tidak lama lagi.

Sebelum ini, ketiga-tiga mereka pernah bergabung tenaga dalam menghasilkan filem "Batla House", "Satyameva Jayate" dan "Satyameva Jayate 2".

Walau bagaimanapun, buat masa ini para penerbit masih belum memberi judul kepada filem tersebut, namun temanya adalah kisah percintaan antara pasangan kekasih dari dua negara.

Berikutan itu, mereka telah pun memilih peneraju utama iaitu aktor Arjun Kapoor serta aktres gandingannya, Rakul Preet Singh. Ia merupakan gandingan pertama buat kedua-dua bintang tersebut.

Seperti yang dilaporkan menerusi Bollywood Life, filem itu turut menandakan debut pengarahan bagi Kaashvie Nair, yang pernah membantu Nikkhil dalam menjayakan filem "Patiala House" dan "D-Day".

"Ia merupakan sebuah kisah hidup, percintaan pasangan dari dua negara yang ditulis rapi oleh Anuja Chauhan, Amitosh Nagpal dan Kaashvie.

"Penggambaran akan dijalankan di Punjab dan Los Angeles pada bulan ini, menampilkan watak baru bagi Arjun dan Rakul. Kami akan mengumumkan judul filem dan tarikh tayangan tidak lama lagi," ujar Nikkhil.

Menurut Bhushan pula, filem itu berkait dengan pengalaman hidup seharian serta hubungan bersama keluarga. Dia menjanjikan bahawa para penonton bakal terhibur dengan filem tersebut.

(Sumber foto: Pinterest & Sify)

(Sumber artikel: Bollywood Life)


Cinema Online, 7 November 2019

Pautan Berkaitan
Tayangan "Bhangra Paa Le" dibatalkan di pawagam
Penerbit filem buat keputusan untuk menayangkan filem itu di portal penstriman video terkenal.
Disha Patani disahkan buat penampilan dalam filem "Radhe"
Aktres itu turut berasa teruja kerana berpeluang untuk bekerja dengan Salman Khan.
Amitabh Bachchan terpaksa berehat seketika demi kesihatannya
Bintang veteran itu turut membatalkan penampilannya di sebuah pesta buku.
Sidharth Malhotra impi tubuhkan syarikat produksi sendiri
Aktor itu bercadang untuk menerbitkan serta berlakon dalam francais filem adiwira.
Arshad Warsi idam watak berat pula
Aktor itu mengakui dia tidak ditawarkan projek yang berlainan dari komedi.
Rakul Preet Singh mahu dilihat sebagai aktor versatil
Aktres itu akan terus bereksperimentasi dalam memilih watak bagi projek filem.
Penggambaran "Dostana 2" ditunda gara-gara jerebu teruk
Filem yang menjalani di Delhi terpaksa ditunda berikutan jerebu teruk yang melanda bandar itu.