ENG | BM
Buletin
Arshad Warsi idam watak berat pula

Penulis: Nisa Irina

Arshad Warsi tidak kisah jika dilabel sebagai pelakon komedi.
Arshad Warsi tidak kisah jika dilabel sebagai pelakon komedi.

9 Nov – Aktor Arshad Warsi yang sering membuat penampilan dalam filem-filem komedi Bollywood mengakui dia mahukan watak yang lebih serius dan gelap untuk projek akan datang.

"Komedi lebih mudah untuk dijual dan pendapatannya juga menguntungkan. Sejujurnya, saya tidak menerima tawaran bagi watak atau filem yang serius dan berat.

"Antara saya kurang gemar akan tawaran-tawaran itu atau ianya terlalu menyedihkan. Saya harap seseorang akan hasilkan filem seperti "Sehar", "Jolly LLB" atau "Irada".

"Tiada orang yang menawarkan saya sesuatu yang berlainan dari komedi. Saya sudah lama berada dalam industri dan saya tak kisah jika dilabel sebagai pelakon komedi," katanya yang dipetik dari Masala!

Dalam perkembangan baru, Arshad akan bersatu semula dengan aktor Sanjay Dutt namun bukan untuk siri filem "Munna Bhai", tetapi sebuah filem baru arahan Sajid-Farhad.

Kedua-dua aktor itu mula berkolaborasi menerusi komedi jenayah "Munna Bhai M.B.B.S." pada 2003, yang juga menandakan filem arahan pertama Rajkumar Hirani.

Mereka kemudiannya membintangi sekuel filem itu berjudul "Lage Raho Munna Bhai" 2006 dan pada awal tahun ini, Arshad mendedahkan skrip "Munna Bhai 3" berada dalam proses pembikinan.

Selain itu, Arshad juga akan membintangi filem "Pagalpanti" yang digarap oleh Aneez Bazmee. Filem itu turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Anil Kapoor, John Abraham dan Ileana D'Cruz.

"Pagalpanti" merupakan sebuah filem aksi komedi yang akan ditayangkan di pawagam pada 22 November ini.

(Sumber foto: Sentinel Assam)
(Sumber artikel: Masala)


Cinema Online, 9 November 2019

Pautan Berkaitan
Parineeti Chopra tinggal di kompleks sukan 15 hari untuk "Saina"
Aktres itu memperlihatkan komitmen tingginya untuk menjayakan filem biopik terbarunya.
Alia Bhatt mahu lebar sayap seninya ke Hollywood?
Aktres itu akan menjalani penggambaran filem barunya pada pertengahan bulan November.
Arjun Kapoor dan Rakul Preet Singh jadi kekasih dalam filem baru
Filem itu menandakan debut pengarahan bagi Kaashvie Nair.
Akshay Kumar cedera di set penggambaran "Sooryavanshi"
Aktor itu sedang menjalani penggambaran bagi sebuah babak aksi penting dalam filem.
Amitabh Bachchan umum rehat panjang dari lakonan
Aktor veteran itu terpaksa berbuat demikian berikutan masalah kesihatannya yang kronik.
Ananya Panday terus menentang isu pembulian siber
Aktres itu ingin orang ramai mengambil perhatian terhadap isu yang semakin tular tersebut.