ENG | BM
Buletin
Ayushmann Khurrana ingin terokai watak gelap

Penulis: Nisa Irina

Ayushmann Khurrana anggap pembawaan watak luar biasa dapat kembangkan kerjaya seninya.
Ayushmann Khurrana anggap pembawaan watak luar biasa dapat kembangkan kerjaya seninya.

22 Okt – Aktor Ayushmann Khurrana sememangnya terkenal dengan pembawaan watak yang luar biasa dan kini, dia mendedahkan keinginan untuk mencabar diri menjayakan watak gelap dalam naskhah yang akan datang.

"Saya teringin untuk menerokai watak-watak gelap dalam filem yang akan datang. Semasa zaman pementasan teater, saya hanya melakonkan watak-watak gelap namun tidak pernah berpeluang melakukannya dalam filem.

"Saya pasti jika ianya terjadi, ia merupakan pengalaman paling seronok dalam hidup saya," ujarnya yang dipetik menerusi laporan Hindustan Times.

Dalam pada itu, Ayushmann berkata dia sering tertarik dengan filem yang realistik dan luar biasa seperti "Vicky Donor", "Dum Laga Ke Haisha" dan "Andhadhun".

"Saya membawa watak lelaki yang mengalami masalah keguguran rambut dalam "Bala" dan seorang lelaki homoseksual menerusi "Shubh Mangal Zyada Saavdhan". Saya akui kedua-dua filem itu sangat mencabar," katanya.

Menurut aktor serba boleh itu lagi, demi memperkembangkan kariernya, dia akan terus menjayakan watak-watak sebegitu, yang mana aktor-aktor lain akan berfikir dua kali sebelum membuat keputusan untuk menerimanya.

"Bala" merupakan sebuah filem komedi gelap yang diarahkan oleh Amar Kaushik. Berlatar belakangkan bandar Kanpur, ia mengisahkan tentang seorang lelaki berpenyakit alopesia yang menyebabkan kepalanya menjadi botak.

Selain Ayushmann, filem itu turut dibintangi Yami Gautam, Bhumi Pednekar dan Javed Jaffrey. Ia bakal ditayangkan di pawagam bermula 7 November depan.

(Sumber foto: GQ India)
(Sumber artikel: Hindustan Times)


Cinema Online, 22 Oktober 2019

Pautan Berkaitan
Arjun Kapoor bakal bintangi projek filem terbaru Ronnie Screwvala?
Filem aksi mengenai buaya itu akan difilemkan sepenuhnya di Thailand.
Disha Patani bakal menerajui filem komedi terbitan Ekta Kapoor
Aktres itu akan menggalas watak seorang gadis Punjabi.
Pengarah "Pati Patni Aur Woh" jelaskan 'remake' berbeza dari filem asal
Pengarah itu turut menghasilkan watak-watak baru bagi peneraju utama.
Kiara Advani kongsi persiapan bagi filem "Indoo Ki Jawani"
Aktres itu kini sedang sibuk menjalani penggambaran bagi filem tersebut di Lucknow.
Farhan Akhtar kembali jalani penggambaran "Toofan"
Filem aksi terbaru ini menyaksikan Farhan kembali bekerjasama dengan Rakeysh Omprakash Mehra.
Salman Khan nafi "Radhe" adalah sekuel "Wanted"
Bintang terkenal itu tampil menjawab spekulasi mengenai filem "Radhe" yang hangat diperkatakan ramai.
Kriti Sanon bakal bintangi "Satte Pe Satta"?
Pelakon itu dikhabarkan bakal bintangi 'remake' filem "Satte Pe Satta" pada tahun 1992.
Pengarah Shamas Siddiqui umumkan filem kedua "Chalta Purza"
Ia merupakan sebuah filem komedi romantik remaja selepas "Bole Chudiyan".