ENG | BM
Buletin
Azrel Ismail masih tunggu naskhah mampu beri impak kepada penonton

Penulis: Ashraf Nasser


Azrel Ismail dedah sudah ada calon isteri tapi belum bersedia untuk mendirikan
rumah tangga buat masa terdekat

6 Nov – Pelakon popular Azrel Ismail memberitahu dia masih lagi menunggu sebuah naskhah yang mampu memberikan impak yang akan membuatkan penonton ingat dengan lakonannya.

Menurut Azrel, walaupun dia masih menunggu naskhah tersebut dirinya masih lagi dihujani dengan tawaran berlakon.

"Contohnya, Ben Amir yang 'meletup' bergandingan dengan Mira Filzah dalam drama "Sweet Dreams". Saya juga menanti peluang sama untuk tampil dalam slot terbabit," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Pada masa sama pelakon "Pulang" ini juga meluahkan hasratnya untuk beraksi di pentas teater yang masih belum tercapai kerana jadual yang padat.

"Sebelum ini, saya ditawarkan berlakon teater "Pawana Isabella" dengan Erma Fatima. Tetapi ketika itu, saya terikat dengan penggambaran "Puteri Yang Ditukar". Saya anggap belum rezeki berlakon teater."

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai perihal peribadinya pelakon berusia 35 tahun itu mengakui sudah mempunyai calon isteri, namun belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga kerana mahu menikmati zaman bujangnya terlebih dahulu.

Sementara itu, selain berlakon Azrel juga merancang untuk menceburi bidang perniagaan pula selepas ini iaitu di antara mengeluarkan produk rambut atau kedai gunting rambut.

(Sumber foto: Azrel Ismail Instagram)


Cinema Online, 6 November 2019