ENG | BM
Buletin
Che Ta kesal ramai penggiat seni tak hormat acara anugerah

Penulis: Ashraf Nasser

Che Ta templak penggiat seni yang keluar dewan selepas kalah.
Che Ta templak penggiat seni yang keluar dewan selepas kalah.

5 Nov– Pelakon sensasi Rozita Che Wan meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap segelintir penggiat seni yang tidak menghormati majlis pada malam kemuncak Anugerah Skrin (ASK) 2019 apabila meninggalkan dewan ketika acara masih berlangsung.

"Jangan datang hanya kerana mahu menang, sebaliknya ambil kesempatan itu sebagai ruang berkumpul dan menghargai setiap insan seni.

"Kita sepatutnya meraikan kemenangan teman seperjuangan dan tumpeng berbangga dengan pencapaian mereka. Itu habuan mereka. Kenapa perlu tinggalkan dewan selepas tewas," soalnya yang dipetik dari BH Online.

Tambah Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, perkara seperti itu sepatutnya tidak berlaku kerana ASK 2019 dianjurkan untuk meraikan karyawan yang bekerja keras dalam memastikan kelangsungan industri filem dan drama tempatan.

Tindakan segelintir penggiat seni itu dilihat seperti tidak menghormati pemenang dan penganjur dan rakan seperjuangan lain yang bertungkus-lumus mahu memastikan acara berjalan dengan lancar.

Che Ta juga berkata sekiranya penggiat seni sukar untuk beri sokongan, jangan datang ke acara anugerah sebaliknya beri tempat duduk mereka kepada penggiat seni lain yang menghargai.

Terdahulu Che Ta memuat naik satu posting yang mendedahkan sebahagian dewan pada malam kemuncak ASK 2019 kosong apabila ramai tetamu pulang awal.

(Sumber foto: Rozita Che Wan Instagram)


Cinema Online, 5 November 2019