ENG | BM
Buletin
Diana Danielle jalani gaya hidup lebih sihat elak masalah kesihatan

Penulis: Ashraf Nasser

Diana Danielle bersyukur suaminya sentiasa memberi sokongan moral dan nasihat untuknya kembali jalani kehidupan sihat.
Diana Danielle bersyukur suaminya sentiasa memberi sokongan moral dan
nasihat untuknya kembali jalani kehidupan sihat.

4 Nov – Pelakon dan penyanyi Diana Danielle memberitahu dia kini mula menjalani gaya hidup yang lebih sihat dan berkualiti bagi mengelak dirinya berdepan masalah keletihan melampau seperti yang berlaku pada dirinya baru-baru ini.

Serangan masalah keletihan melampau telah menyebabkan dia menjadi sukar untuk bernafas.

"Saya kena sabar, saya bukan lagi remaja dan kudrat manusia juga terbatas. Dahulu, saya paksa diri bekerja dan lupakan keletihan, namun akhirnya ia memakan diri.

"Doktor memaklumkan, saya terlalu penat dan badan tidak lagi mampu menerima bebanan. Ia berlaku kerana saya tidak cukup tidur, selain waktu makan yang tidak menentu.

"Apa yang berlaku baru-baru ini umpama peringatan supaya saya belajar menghargai diri dan menjalani gaya hidup lebih sihat," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Dalam pada itu, pelakon "Gol & Gincu Vol.2" berkata selepas dia mengikut nasihat doktor dan kembali mendapatkan tidur dan makan pada waktunya, keadaannya beransur pulih dan semakin baik.

Malah dia turut bersyukur apabila mempunyai suami iaitu Farid Kamil yang sentiasa memberi sokongan moral supaya dia kembali menjalani kehidupan dengan lebih sihat.

(Sumber foto: Diana Danielle Instagram)


Cinema Online, 4 November 2019