ENG | BM
Buletin
Disha Patani bakal menerajui filem komedi terbitan Ekta Kapoor

Penulis: Nisa Irina

Disha Patani ingin benar-benar menjiwai wataknya sebagai gadis Punjabi.
Disha Patani ingin benar-benar menjiwai wataknya sebagai gadis Punjabi.

18 Okt – Aktres Disha Patani bakal menjayakan watak seorang gadis Punjabi menerusi sebuah projek filem baru yang belum diberi judul terbitan Ekta Kapoor.

Projek filem arahan Ashima Chibber itu sekaligus menandakan debut kolaborasi antara Disha dan Ekta, yang mana aktres itu menganggap ia sebuah naskhah istimewa buatnya.

Menurut laporan dari Bollywood Hungama, sebagai persiapan filem itu, Disha telah menghabiskan masa dengan berlatih bahasa Punjabi setiap hari bagi memastikan sebutan dialeknya betul.

"Filem ini merupakan sebuah komedi dan saya sangat teruja. Saya akan menjadi seorang gadis Punjabi, jadi saya perlu mempelajari bahasanya sekali.

"Demi menonjolkan keaslian dan keindahan watak saya, saya juga perlu memastikan yang saya betul-betul mendalaminya, bukan sahaja dari segi penampilan dan lenggok badan tetapi juga dialek saya.

"Saya harap saya dapat melakukan sehabis baik demi menjayakan watak dalam projek istimewa ini dan saya tidak sabar untuk memulakan penggambaran," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Disha yang kali terakhir dilihat dalam filem "Bharat", baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem "Malang" arahan Mohit Suri.

Turut menampilkan aktor Aditya Roy Kapoor, filem itu akan ditayangkan pada 14 Februari 2020.

(Sumber foto: Wall Cook Diary)
(Sumber artikel: Bollywood Hungama)


Cinema Online, 18 Oktober 2019

Pautan Berkaitan
Shahid Kapoor disahkan terajui 'remake' "Jersey"
Filem versi Hindi itu akan diarahkan oleh pengarah asal filem, Gowtam Tinnanuri.
Tulang tangan Farhan Akhtar retak ketika penggambaran "Toofan"
Aktor itu turut berkongsikan imej X-Ray tangannya di laman sosial.
Impian Varun Dhawan berlakon watak tentera tercapai
Aktor itu bakal menerajui filem biopik perang mengenai Leftenan Kedua Arun Khetarpal.
Ayushmann Khurrana ingin terokai watak gelap
Aktor dan pembikin filem itu merupakan rakan pengarah Sanjay Gupta.
Emraan Hashmi senang bekerja dengan Amitabh Bachchan
Kedua-dua aktor itu menggalas watak utama dalam filem baru "Chehre".
Ileana D'Cruz dedah jadi pelakon secara tidak sengaja
Setelah sekian lama aktres itu akhirnya buka cerita itu ketika di rancangan "The Love Laugh Live Show".
Dia Mirza teruja dapat kembali bekerja dengan Anubhav Sinha
Aktres itu pernah membintangi dua buah filem yang diarahkan oleh pengarah tersebut.
Priyanka dan Parineeti Chopra alih suara "Frozen 2" Hindi
Kedua-dua aktres itu akhirnya berpeluang untuk bekerjasama dalam projek filem.
Pooja Hegde dedah sebab mengapa bersikap selektif
Aktres itu memilih untuk membintangi filem komedi "Housefull 4".